Bismillah..
Allahumma solli 3ala saiyidina Muhammad..
La haula wa la quwata illa billah..
14/2/2014:
Tiba di Siwa.
Kami semua dijemput oleh seorang lelaki yang paras wajahnya sekali imbas macam orang Indonesia. Beliau membawa kami ke sebuah gerai makanan Arab berdekatan dengan Shali (kota lama Siwa). Dek kerana mata yang semakin memberat dan batang tubuh yang kian longlai, kami semua mengambil keputusan untuk tidak turun membeli makanan..
Lagipun, jam dah menghampiri pukul 1 pagi pada waktu itu. TETAPI, apabila Ust berkali-kali menoleh ke belakang dan bertanya, "Tidak ada siapa-siapa yang mau beli makanan?", menyebabkan bangkitnya seorang pejuang bangsa di kerusi barisan kedua mengajakku turun beli makanan...hahaha....
Makanya, kami,Nabil, Nadhirah dan Fathiah turun pi beli makanan. Ada satu cerita best..! Ingat tak kami cakap yang orang arab kat Siwa ni jenis cool dan lemah lembut sikit? Em.. memang betul..! lelaki yang ambik order tu, dia malu kot.. haha... kami pulak segan.. =='' Nabil pun kata depa memang jenis baik-baik nie.. Berkenan la jugak.. Patutla Ust kata Siwa ni adalah tempat paling tenang di Mesir.. ;-)
Nanti kami sambung cerita pasal orang Siwa selepas ini.
Waktu tengah tunggu makanan tu, lelaki yang jemput kitorang tadi, tegur kitorang. "APA KHABAR?" Ini menyebabkan kami semua bertambah konfius! Dia ni melayu ke arab? =='' Lepas dia cakap, "Siwa Cantik?" baru la dapat detect.. beliau ni orang arab rupanya.. tapi pandai cakap melayu sikit-sikit sebab dia pernah datang Malaysia. Nama beliau Syeikh Idris.
Selepas beli makanan kitorang pergi ke hotel. Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan penuh dengan deretan pokok-pokok kurma (ada yang kat pokok sawit..hehe ~~) dan ada pokok zaitun. Rasa macam balik kampung!
Kami menginap di Hotel El-Reen ape entah namanya.. Dibahagikan kepada 3 bilik. Tak perlu cerita panjang lagi, kitorang semua tidur...~~
Dikala terang berganti kelam..
Kupu-kupu pejamkan mata..
Kunang-kunang terangi maya pada..
Bila raga telah letih berjalan..
Tidur adalah satu tujuan..
Untuk mendapatkan kedamaian..
TAK BOLEH TIDUR..! Rasa bersalah.. Makanan kat Ust terlupa nak bagi.... ="(
~hanya yang berkenaan memahami~
7.40am:
Krriing kriing..
"Ustajah dan kak cik semua udah bangun? Kejutkan semuanya ya.."
Aish... nak gerak pukul 8.00am, pukul 7.40am baru nak telefon?? tak payah call pun tak pe.. =='' kak cik kak cik.. main sebut je.. bukan faham pun maksud dia..haha... =P
Makanya,macam biasa, kalau bawak trip perempuan, mesti kena faham bahawa masa akan delay 15 minit..hehe..
Pada jam 8.15am, kitorang pun memulakan penjelajahan di kota Siwa.
Lokasi pertama ---> GUNUNG KEMATIAN
Jabal Mauta (Mountain Of Death)
Dinamakan Jabal Mauta atau Gunung Kematian kerana dahulunya, kira-kira 2700 tahun yang lampau, tempat ini ialah Tanah Perkuburan. Tiada apa yang istimewanya di sini melainkan kesemuanya kubur.. Dari kaki bukit sehingga ke atas puncaknya..
Siapa yang nak merasa masuk liang lahad,bolehla cuba di sini. Pada zaman tersebut, mayat-mayat ditanam beserta dengan emas dan barang-barang berharga. Menurut Ust, Buddha terpengaruh daripada sini jugak la..
Dulu, mayat orang mati, Ust kata, tak payah tanam pun. Diorang just bawak ke bukit ini dan tinggal macam tu je. Sebabnya diorang percaya mayat itu akan pergi ke kubur mereka sendiri.. emm.. (no komen)
Kat sini kalau tak silap kami, Ust kata ada 4 kubur orang yang terkenal. Tak ingat semua, tapi yang pastinya ada kubur Si-Amun. Kita boleh masuk dalam kubur ni kalau datang ke sini. Dalam kubur ni,tak dibenarkan ambil gambar.. Ye la.. takut-takut sat lagi ambik gambar bertiga,ada pulak yang keempat.. 0_0 plus,tak elok kan..
Kat kubur Si-Amun nie, menariknya dia ada lukisan-lukisan dan tulisan yang terdapat maksud dan cerita disebaliknya. Kami akan cerita mana yang kami ingat je la.. Nak tau lebih lanjut,jom kita datang lagi sekali.. =D
Dulu diorang ada satu kepercayaan yang lebih kurang begini,
bila seseorang tu mati, dia akan hidup kembali. dia ada dua keadaan. Kalau orang itu baik, maka hati(heart) dia akan terangkat dan hidup dia kemudiaannya akan senang lenang (ada details nikmatnya tapi kami lupa). Kalau dia jahat, hati dia akan jatuh ke bawah, dan dimakan oleh anjing-anjing (bawah mana kami tak pasti). Then, yang jahat ni tadi, dia akan berjalan ke satu tempat, (digambarkan melalui gambar orang berlayar atas kapal), entah macam mana, akan ada banyak matahari, dia akan makan matahari itu sehingga pecah dan sakitlah perut dia. Then, muka dia pula akan bertukar jadi ikan.(ke burung?)
Macam tu lah lebih kurang. Tapi ini tak semestinya tepat. Kami rasa dah bercampur-campur. Sebab dah ingat-ingat lupa. Tak ada catatan pulak tu. Maka benarlah kata-kata, "Ilmu itu ibarat binatang buruan, tulisan itu pengikatnya"
Nanti kalau pergi lagi sekali,insyaALLAH kita dengar betul-betul. Waktu ni tak boleh nak fokus sangat sebab ada budak-budak Madeena Tour... *salah orang lain jugak..hoho..diri sendiri yang salah.. ==''
Liang lahad (luar) |
Liang lahad (dalam) |
Haa...!
Bercakap tentang Madeena Tour..
Sekali lagi,kitorang bertemu dengan rombongan lain. Dan kali ini ibarat TIADA PENGHUJUNGNYA~~
Bila difikirkan balik, trip kitorang nie dah macam trip budak tadika bak kata Mardhiah Hanafi. Bergaduh dengan budak tadika-tadika lain bila jumpa. hahaha.. Cikgu tadikanya, Mardhiah.. =P tapi betul jugak.. tapi ada asas kita semua merungut..
Selepas daripada ini, ke mana sahaja kami pergi,kena pergi dengan group Madeena Tour. Sebab Syeikh Idris nak sekalikan. MANA BOLEH MACAM TU..!
Diorang 40 orang, lambat.. kitorang pulak nak kena tunggu. Orang bergegas terkejar sebab nak jaga masa, tetiba kena tunggu depa. Kami pergi 10 orang sebab tak nak tunggu orang-orang lambat, tau tak? Tak pe la tu.. dah jodoh kuat sangat, apa nak buat...~~
Maa'bad Alaxender The Great (Iskandar Agung)
Dalam perjalanan ke sini, Ust ada cerita sikit pasal Dewa Amun. Sebelum datang ke sini, kami ingatkan Dewa Amun yang kita belajar tu,kafir. Sebab ye la.. "dewa" kan.. rupa-rupanya, TAK.. Semua itu salah. Sebenarnya Dewa Amun ini merupakan seorang manusia yang bernama Amun. Dewa di sini adalah gelaran yang digunakan oleh penduduk setempat sebagai penghormatan kepada beliau. Dewa = Tuan Guru = Kiai kata Ust Yusuf. Amun digelar Dewa kerana dihormati dan setiap kata-kata beliau orang akan pakai sebagai rujukan.
Dewa Amun ni dia beragama dengan agama tauhid, menyembah Tuhan Yang Esa. Iaitulah agama Nabi Adam. Kami baru tahu ini... selama ni tak tahu pun..! Jom banyakkan berjalan..! Alhamdulillah juga dapat tour guide yang bagus.. =)
Ust ada cerita macam mana wujudnya agama-agama lain. Sat lagi kita sambung balik.
Back to the topic.
Maa'bad Iskandar |
Maa'bad Alaxander ni kalau dulu tempat ni macam Masjidil Haram la ustaz kata. So, kitorang dah jadi Hajah Maa'bad Iskandar..hehe.. Tak tipu.. betul..! Dulu ini ialah tempat di mana orang beribadat la. Iskandar ni juga seorang yang beragama tauhid. Kalau nak nisbah dengan sekarang, agama Islam la.
Tinggi jugakla maa'bad ni. Di dalamya ada satu ruang tu, masih nampak macam tempat solat. Menariknya, dia ada macam tempat mimbar, ust kata saf-saf ini menghadap qiblat dan BENAR..! tempat itu menghadap QIBLAT! Nadhirah Zuhairi telah mengesahkannya.. mulanya macam tak percaya tapi nampaknya betul lah..
Pemandangan daripada atasnya jugak cantik. Boleh nampak macam-macam tempat di sekitar Siwa ni.
Pemandangan dari atas Maa'bad |
Ukhwah GEN11US dan Madeena Tour berputik.. |
Laut Garam (Salt Lake)
Seterusnya, kami semua dibawa ke Danau Garam (bahasa Ust.Yusuf). Kat Siwa ni satu nikmat yang ALLAH bagi ialah kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan khazanah alam yang lain. Mungkin rahmat disebabkan semua penduduk di sini beragama Islam, dan kesederhanaan mereka.
TA'AJJUB.. wa 'ajibtu...
oooo... ada ya laut garam?? garam terjadi daripadanya dengan sendiri? subhanALLAH... cantik pulak tu..!
Biru nya air dia amat cantik. Jernih.
Yang warna putih-putih tu semua garam. Yang warna koko tu bukan tanah, tapi garam yang dah lama. |
Rasa air dia aamat MASIN. Ye la.. dah nama pun laut garam kan. Sapa ada penyakit kulit,elokla rendam dalam air nie. Tapi kalau ada penyakit hati?? =) Jom sama-sama cari hati kita dalam Al-Quran.
Cantik kan? Tengok gambar tak puas. Baik pergi sendiri. =) |
NaCl crystals |
Untuk pengetahuan, garam yang dah lama, iaitu yang bewarna koko tu digunakan sebagai bahan binaan. Banyak bangunan dan rumah di sini yang diperbuat daripada garam dan air. Pelik tapi Benar!
Jom sambung sikit cerita pasal orang Siwa.
Di sini,mereka amat pegang kuat dengan budaya mereka. Internet memang susah nak dapat kat sini. Sebab diorang tak nak keturunan dan adat mereka dicemari anasir luar yang tak baik. Budaya mereka amat menarik dan unik dan bagus.
Kalau diperhatikan sepanjang perjalanan di Siwa, tak akan ada wanita yang akan berjalan sendirian melainkan ditemani suami atau mahramnya. Kat pasar, memang tak banyak orang perempuan. Lelaki yang banyak berurusan di luar rumah, kerana bagi mereka perempuan itu tempatnya di rumah. Dan kalau diperhatikan lagi, wanita-wanita di sini, memang tutup-litup habis.Pakai niqab yang tak de mata tu.
Ust kata, "Orang perempuan di sini memang tidak masuk angin"..~~
*ayat tak boleh blah....
Sebagai balasan lelaki yang kena buat semua kerja-kerja luar, makanya mengikut budaya mereka, SETIAP LELAKI AKAN KAHWIN 2 atau dalam erti kata lain, akan ada 2 orang isteri.. yang balasan tu ayat kami reka je..hehe.. Di sini, setiap bayi yang dilahirkan telah ditentukan jodoh mereka dengan siapa. Senang cerita, mereka dah ditunangkan sejak dari kecil. (Geng-geng drama suka la part ni..hehe) Dan selepas 15 tahun, mereka akan dinikahkan. Dengan kedua-dua isteri itu.
Makanya timbullah persoalan-persoalan seperti,
"Kalau perempuan tu tak setuju macam mana?"
"Kalau tiba-tiba lelaki tu suka kat perempuan lain macam mana?"
"Ada tak kes lelaki perempuan tu lari daripada rumah sebab tak nak nikah?"
"Tak perang ke ust?"
Jawapan ust : Mereka amat menjaga budaya mereka. Jadinya, itu sudah diterima. Tiada masalah. Serupa juga dengan kita, apa yang dah jadi budaya itu susah untuk dibuang. Si suami di sini kalau kita tengok naik teksi (keldai) bawa kedua-dua isterinya.
Okey.. Tapi kami tak puas hati la..! Takkan semudah dan sebagus itu orang kat sini? =/
Jabal Dakrur
Tempat perhimpunan di Jabal Dakrur |
Kat sini tak ada apa-apa yang menarik pun sebab kita datang waktu winter. Kalau musim panas, di bahagian bukit sana tu ada tempat mandi. Mandi dengan air garam dan air panas dan boleh duduk dalam tanah (yang macam orang buat kat pantai). Dikatakan mandi dengan air garam dan tanah yang panas nie dapat mengubat penyakit-penyakit seperti arthritis, etc.
Yang ada tangga dan bangunan sikit macam dalam gambar ni, ialah tempat perhimpunan penduduk siwa. Ust kata, sampai sekarang, kalau ada perayaan, semua penduduk akan berkumpul di sini, raikan sama-sama. Diorang ada specific perayaan untuk penduduk di sini. Perayaan tu berlaku pada tengah bulan Oktober.
Pembesar-pembesar akan duduk kat bahagian atas. Macam biasa la tu. Adatnya, ketika perayaan tu, bila semua orang dah datang, makanan akan diedarkan. Tetapi, mereka tak akan makan selagi tak pastikan semua orang dah dapat makanan. Bila semua dah dapat makanan, akan ada seorang yang akan panjat tiang yang tinggi di sebelah kanan gambar, akan bagitahu "JOM MAKAN!!" Dan orang yang jerit jom makan itu ialah Nadhirah Zuhairi...hahahaha =P
Cleopatra's Spring
Destinasi seterusnya ialah Cleopatra's Spring. Kami duduk kat sini agak lama juga la sebab nak tunggu Syeikh Idris bagi khutbah jumaat. 3 jam kot.. Kami sempat la tidur berbumbungkan langit, diteduhi pelepah dan daun tamar. Best..! =)
Tengok budak-budak arab seronok mandi air kolam Cleopatra.. Terjun kalah style olimpik.. Ust pun join sekali katanya.. Tapi itu la. Dia macam kotor sikit. Ada lumut dsb. Tapi seronok la tengok.
Setelah makan tengah hari di sini, kami pun bergerak kembali ke hotel untuk solat dan bersiap untuk SAFARI TRIP..! =)
Sebelum tu, kitorang singgah sekejap di Maa'bad Amun. Tapi tak turun pun. Sebab semua malas dan excited nak pi Safari Trip..
Maa'bad Amun
Cerita pasal Dewa Amun dah cerita sebelum ni. Jadinya nak share macam mana wujud agama yang sesat. Ust kata, manusia pertama ialah Nabi Adam. Agamanya ialah agama Tauhid iaitu MengEsakan Allah, Tuhan Yang Satu. Kemudian diturunkan kepada anak baginda,cucu,cicit dan generasi seterusnya.
Sampai satu ketika, ada seorang ni, ahli keluarga dia meninggal.(kami tak ingat mak atau ayah atau siapa..minta maaf..) jadinya, syaitan yang memang kerjanya untuk sesatkan manusia mula membisikkan,
"kau buatlah replika yang menyerupai saudaramu ini. Hanya untuk kenangan, jika kamu merindui dia,kamu seolah-olah boleh melihatnya."Dan orang itu pun ukir la patung dengan tujuan hanya untuk mengingati si mati. Tiba-tiba, si pengukir patung ini meninggal dunia. Tanpa ada penjelasan apa-apa. Meninggalkan anak-anaknya.
Syaitan pun berbisik lagi,
" Dahulunya ibu dan bapamu menyembah patung ini. Kenapa kamu tidak menyembahnya?"Maka dari generasi ke generasi, makin bertambah sesatlah manusia. Ada yang kemudiannya menyembah api (majusi).
Kemudian selepas ratusan tahun ALLAH utuskan Nabi Nuh 'Alaihissalam, ketika mana manusia dah teruk. Kalau tengok kisah Nabi Nuh pun boleh lihat macam mana dia dihina dan diperlekehkan kerana menyampaikan ajaran yang benar.
Begitulah serba sedikit macam mana wujudnya penyelewengan aqidah.
Ok..
*nantikan sambungannya pada siri terakhir.. =)
*ambik mood Mesir...
*edited.. sebab tak nak ada yang salah faham.. =) kami ingat kami dan beberapa orang kawan je yang baca.. rupanya tak ya?? hmm..~~
apapun, "Sekali GEN11US, Selamanya GEN11US"
No comments:
Post a Comment