Pada tanggal 28/9/2012, selepas 4 hari kepulanganku ke mesir setelah bercuti, housemate telah masak satu makanan yang kami tak pernah makan lagi sepanjang hidup nie.. Nasi Kerabu.. First time nak rasa macam menakutkan sebab teringat kat Malaysia yang nasi nie warna biru.. Kurang LALU la nak makan sebab warna dia macam tu. Then,bila roomate buat,pergh... MasyaALLAH... boleh tahan la.. tak la teruk macam yang disangkakan. Dan first time jugak makan budu.. hmm... okey okey.. tekak boleh terima...=) hampa dah pernah makan budu ke??hehe.. kami dah..!!! =p maka,terhasillah resipi ini. Harap boleh cuba la kat rumah ya.. Dan hantar ke rumah kami sikit....hehe
Bahan-bahan Nasi:
Buat nasi kosong je..kan Mesir...hehehe...
Bahan-bahan Kerisik Ikan:
6 sudu besar Kerisik (lagi banyak lagi sedap)
1 ekor Ikan rebus (boleh guna ikan apa-apa pun)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
10 biji lada hitam @ ikut suka
Bahan-bahan Sambal:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
sedikit halia
3 cawan santan
segenggam cili kering
1 asam keping
Untuk Budu:
Budu
Limau Nipis
1 biji bawang merah
2 batang cili
#GAUL SEMUANYA
Untuk Ulam:
1 biji timun-dipotong dadu kecil atau panjang-panjang
taugeh-ikut suka
1 kuntum bunga kantan-potong nipis-nipis
gargil-ikut suka
*ikut bahan apa ada la ya...
Bahan-bahan lain:
Ikan Goreng
Keropok Goreng
Telur Masin-kalau ada
Ayam Goreng
Cara Penyediaan:
Nasi: Masak macam biasa.. Kalau nak warna biru,letak la pewarna.
Sambal:
1. BLENDKAN CILI KERING,BAWANG PUTIH,BAWANG MERAH,DAN HALIA
2. KEMUDIAN TUMISKAN HINGGA NAIK MINYAK
3. MASUKKAN SERAI DAN SANTAN BESERTA SEDIKIT AIR
4. KACAU HINGGA MENGGELEGAK DAN MENJADI PEKAT
5. MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
Dah siap...!!
Kerisik Ikan:
1. IKAN TADI DIREBUS DGN ASAM KEPING SUPAYA TAK HANYIR
2. ASINGKAN ISI DAN TULANGNYA,KEMUDIAN DIHANCURKAN
3. KETEPIKAN DAHULU
4. TUMBUKKAN BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM TADI
5. AKHIR SEKALI AMIK ISI IKAN DAN KERISIK,GAULKAN KESEMUANYA BERSAMA BAHAN YG DITUMBUK.MASUKKAN SEDIKIT GARAM DAN GAUL BAGI RATA
Dah Siap pun..
Boleh la makan nasi dengan budu,kerisik,sambal dan ulam yang dah disediakan.. selamat menjamu selera...!!!
Kerisik Ikan
Budu
Nasi Kerabu Abroad Siap..!!
p/s: lapar la pulak.... harap housemate buat lagi lain kali..hehe.. nasi dagang pulak ke??? =)
sumber: Wan Fathiah Nasuha (housemate)
No comments:
Post a Comment