Alhamdulillah..
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alih.. =D
Percaya atau tidak, kat MESIR boleh makan ROTI CANAI MACAM MALAYSIA??
Ya, Anda kena percaya..! Sebab bukti telah ditunjukkan oleh seorang pelajar perubatan universiti kaherah, Nabil huda bt Che Murad.
Sedaaap giler... aish.. mana la nak kurus la diet la.. ahli beit tak supportive..hahahaha... ;-)
Bangun-bangun pagi, tetiba ada roti canai terhidang..ALLAHU RABBI...
Setelah paksaan dan kekerasan digunakan, akhirnya dapat resipi..hehe.. (poyo giler.. tak kisah la..) Resipi ni katanya, Che Murad bagi.. resipi turun temurun la maknanya tu..~~
Bolehla nak try.. kuah dia yg best tu sebenarnya... Selamat mencuba..! Untuk yg malas nak masak tu, elokla cuba time2 exam nie.. Kuah tu, boleh perangat dan simpan dalam peti ais kalau tak habis.. =D
A- Resipi Roti Canai
- Pergila beli FATIRAH kat kedai syari3 mawardi tu atau dekat kedai yang berhampiran.. =D hehe~~ *kata nak ringkas..?? ;-)
B- Resipi Kuah Kacang Dal
Bahan-bahan:
- 3 genggam Kacang Dal (agak2 la kalau tangan tu kecik, bagi pekat kuah) : nak beli, cakap humus lit tobiq..
- 1 biji bawang merah bersaiz sederhana
- 3 tangkai cili kering
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- segenggam ikan bilis (dikisar)
- secawan santan/susu juhayna
- 1/2 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu rempah kari daging
- Minyak masak sikit
Cara-cara:
- Rendam dulu kacang dal atau humus tu semalaman. Then, blend guna blender la.
- Potong bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis semia bahan-bahan no.2 nie.
- Masukkan serbuk kari daging dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan sampai garing.
- Masukkan santan atau susu.
- Masukkan ikan bilis kisar dan kacang dal yang juga dikisar tadi.
- Tunggu sehingga mendidih.
- Masuk garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dimakan dengan Fatirah.. =D
*kalau kuah tu mcm pekat sangat, tambah la air dan susu lagi.. =)
C- Sambal Ikan Bilis
- Buat macam sambal nasi lemak ikan bilis.. =)
Dah.. itu je.. =)
*sapa yang nak kuah dia atau nak makan, datangla rumah kami hari nie.. =) Ada banyak lagi.. Silakan.. Ahlan ke Vistana Sri Lazuardi.. =D Tapi, beli fatirah FADHI kat kedai depan tu bawak.. =)
No comments:
Post a Comment