Alhamdulillah..
Allahu Akbar....
SubhanALLAH....
SubhanALLAH....
SubhanALLAH....
Jauhkanlah kami dari perpecahan ya ALLAH..
Jauhkanlah kami dari permusuhan ya ALLAH..
Jauhkanlah kami dari persengketaan ya ALLAH..
Wahai pemilik seluruh jiwa, satukanlah jiwa-jiwa kami..
Amiin ya Rabbal 'Alamiin...
Pena dah terangkat,
Dakwat pun dah kering,
Kalau tidak bertemu di sini,
Mungkin bersua di sana,
Masa yang berlalu kian menjauh,
Kenangan terlakar tiada mendusta,
Hikayat ini antara aku dan mereka,
Semisalnya ada firman mengundang duka,
Usahlah kau jadikan ianya fakta,
Kerana sesungguhnya ini hanya sebuah ceritera.
-peacenowar-
=D
14/2/2014 (petang) :
Setelah kami semua melawat Maa'bad Amun yang hanya tinggal runtuhan, kami pun bergerak pulang ke hotel.
Setibanya di hadapan pintu masuk hotel, kitorang terserempak dengan rombongan lain yang lagi dua tu. Dan kelihatan di sisi jalan raya dipenuhi dengan jeep-jeep yang macam dalam iklan Kopi Radix..!
Waah.. best.. memang banyak la.. Apa lagi, kitorang pun terus buruan turun dari tremco untuk solat dan bersiap ke Safari Trip. Memang peruntukkan 15 minit je..! sebab tak nak lambat-lambat,nanti kurang masa main.. =)
Pukul 3.10 pm, (lebih 10 minit dari tempoh yang ditetapkan..haha..), kitorang dah masuk dalam jeep dan bersedia nak bertolak.. Semangat nie..! Semua tempat pegang yang ada dalam jeep tu kitorang pegang. Sebab budak trip sebelum ni kata, menakutkan.. so nak bersedia la dari awal. Takut apa-apa berlaku.. PREVENTION IS BETTER THAN CURE..
3.20 pm : "Kenapa jeep nie tak nak gerak lagi Ust? Pemandu dia mana?"
Ust macam berat je nak cakap..haha.. kesian dia..
"Kita nak tunggu trip yang satu lagi itu siap. Ya karena nak sekalikan ketika di safari desertnya.."
Haaa???
wargh...!!!! ~~
Nak tunggu orang??? ORANG TU BUKAN TRIP KITORANG PULAK TU.. KITA BAYAR MAHAL..! KENA TUNGGU MEREKA?? MEREKA ITU SIAPA? MEREKA 40 ORANG.. SAMPAI KAPAN LAGI MAU DITUNGGUIN???
Ust pun pergi pujuk Syeikh Idris.. Tapi tak lepas jugak..haha..~~
3.35 pm : Alhamdulillah... Baru kitorang mula bergerak... fuuhhh... Alhamdulillah jugak musim sejukk.. =D
Maka bermulalah Safari Trip.
Menaiki Jeep di Gurun Sahara
BEST..!
Kami bergerak dari hotel menuju ke padang pasir yang sangat luas. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10minit.
Pada mulanya, kami rasa biasa-biasa je. Dan berasa hairan, apa yang takutnya. Tak de apa pun.. ceiwah.. berlagak... =P
Bila sampai di permulaan padang pasir tu, jeep yang kami naik ni masih mengekalkan kelajuan kura-kura nya. Rasa macam bersiar-siar naik jeep je.. haa?? haha... Kami pun mula berasa kecewa. Kata macam roller coster?? tak ada pun! retorik semata-mata..!
TIBA-TIBA
vrooooommm.. vrooomm....
2-3 jeep datang dari belakang pecut dan memintas jeep kitorang. Macam berlumba tu... Waahh... seronoknya... Kami pun tengok pak cik driver jeep kami. Bila kita nak buat macam tu nie?? =/ tapi cakap dalam hati je la... tapi, memang style kami tak suka cakap sorang-sorang, so, kami tanya jugak, "hal bada'na?"
Lepas tu pak cik tu terus meningkatkan kelajuan.. Aku tersenyum puas hati. Sebab laju la sikit..haha.. Lepas dah masuk dalam sikit, tanpa amaran, pak cik tu pecuuuutttt.... LAJU...! Seronok...!! Budak-budak nie menjerit..ngeh2.. seronok dengar orang menjerit... kami tak takut...hahaha... (berlagak.. ada kisah di sebaliknya..)
Padang pasir nie dia macam berbukit-bukit.. Macam yang kat bawah ni rupa dia. Ada bukit yang curam, ada yang kurang curam, dan landai.
Susah la nak cerita keseronokan naik jeep ni...
Hampa kena datang sini sendiri dan rasa,baru puas hati.. =D
Pak cik ni akan bawak laju gila-gila waktu jalan di padang pasir ni landai, dan super laju semasa nak naik bukit pasir yang tinggi, tapi, bila nak turun bukit yang curam, pak cik tu akan dengan sengaja buat lambat-lambat... RASA NAK TERBALIK KOT JEEP... fuuhh....~~
Waktu turun dari bukit yang tinggi dan curam tu, driver tu akan bawak laju balik.. memang geli perut dan berderau darah la... BARU TAHU KENAPA IANYA DIKATAKAN "ROLLER COSTER OF SAHARA"...
Tangisan Sahara
(tajuk oleh: Nadhirah Zuhairi..)
Dalam keterujaan dengan kelajuan jeep-jeep yang membelah sahara, kami berenam digemparkan dengan satu kejadian yang aku rasakan sampai mati tak boleh lupa..
Di hadapan jeep kami ada satu bukit yang amat tinggi dan curam. Kami amat excited nak naik kala mana mereka berlima yang lain tengah takut. Kami kata kat depa, Releks la.. dan berlagak macam macho la kononnya. Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, ketika kami sedang mendaki bukit, JEEP ITU TERSEKAT DI TENGAH-TENGAH SLOPE bukit tu.. Enjin jeep mati.. Pak cik driver cuba hidupkan balik dan menekan minyak sekuatnya, tetapi tayar kereta tak berjalan....... 0_0
(kami=saya=aku)
Pak cik tu pun tekan hon byk kali nak mintak tolong dengan jeep lain.. Tapi orang tak nampak.. Sebab diorang semua dah lepas naik atas bukit pasir tu. Tak ada pilihan lain,pak cik tu terpaksa undurkan jeep itu.. TERHENTI ALIRAN DARAH KAMI SEMUA SEKETIKA...
Waktu jeep tu undur ke belakang, rasa tayar makin tenggelam.. Kami tak tau berat dosa atau berat pahala, tapi memang takut la pada waktu itu. Bila di undur lagi, kami merasakan jeep itu nak terbalik ke belakang. Kami dah ready nak keluar je. Pak cik tu pun macam gelabah, kalut pusing stering sana-sini,tukar gear, buang angin tayar dsb. Memang mengucap panjang la.. Dekat padang pasir nie, nak undur bukan boleh undur suka hati. Sebab kita tak boleh agak apa ada di belakang, curam ke apa ke ada kereta ke tak de ke. Sebabnya semua tanah dan macam sama. Hampa tak kan dapat tahu apa yang kami cerita ni melainkan hampa pergi.. serious kami cakap..!
Nak nangis... orang kata, kalau kita suka sangat, maknanya ada la yang nak nangis lepas tu. Kami rasa macam dah terkena. Nak nangis sebab kalau kami tak poyo suruh laju sana-sini mungkin tak jadi macam tu. Bukan apa, kesian kat orang lain. Depa tak bersalah. Kerana kelalaian aku, diorang kena sekali. Rasa bersalah sikit la... Maka benarlah kata-kata, "Dakwah itu tanggungjawab bersama, tiada istilah kubur hang kubur aku lain-lain, kerana bala Allah akan datang kepada semua.." ='(
Alhamdulillah lepas tu ada 2 jeep yang datang dari belakang nampak dan bagitau kat orang yang ada kat atas suruh tolong. Ust Yusuf yang duduk kat atas, turun jeep kot nak tengok kitorang. Takut jugak dia pun.. Ye lah.. Jadi apa-apa kat kak cik-kak cik ni susah pulak dia.. Then selepas ada pak cik lain bagi arahan suruh undur dan pastikan di belakang kitorang tak ada apa-apa, makanya jeep kitorang selamat undur ke kawasan kaki bukit pasir yang lebih sedikit landai... Alhamdulillah... Astaghfirullah.. Allahu Akbar..!
Barula kami tengok muka pak cik driver tu dah tak tegang sikit.. (pandai je kami tahu muka orang tegang ke tak..hehe) Budak-budak ni ada yang berpeluh tangan, zikir, doa, terdiam.. termasuk kami sekali la.. ALLAH... pengajarannya, jangan seronok lebih sangat.. Jangan kata tak takut laju dsb... kan dah.. Allah tu Yang Maha Berkuasa... kita ni cap kapak je... ='(
Then, pak cik tu pecut naik balik bukit tu.. Alhamdulillah kitorang selamat.. Rupa-rupanya jadi macam tu sebabnya pak cik tu ambil jalan yang terlalu curam dan ikut bekas trek orang lain, jadinya tanah tu jadi jerlus la... itu sebabnya... kata Ust Yusuf.. =) Lepas dah naik tu, kitorang terus laju memecut meneruskan perjalanan dengan sedikit keinsafan di hati, menuju ke Siwa Oasis...... =)
Apapun, pak cik Sulaiman nie terbaik..!
Siwa Oasis
Tahukah anda bahawa di tengah-tengah padang pasir yang luas dan berdebu ini terdapat kolam air semulajadi dikelilingi pohon-pohon tamar??
Hmm.. Ada.. Kami pun macam tak percaya tengok. Dulu tengok dalam cerita Doremon je. Ingatkan tipu. Kalau sapa nak tengok silalah, Doremon Dorabian Night.. Ini link nya --> Doraemon: Dorabian Night
*Tak sangka pulak ada cerita nie dalam youtube ya?? hmm...
Dekat Siwa ni, kita ada dua jenis spring atau mata air atau kolam semula jadi. Yang pertama, Warm Spring Oasis: Panas sebab ada sulphur atau belerang dalam kolam ni. Bagus untuk orang yang ada penyakit kulit dan penyakit-penyakit lain. Yang kedua, Cool Spring Oasis: Sejuk tak bermaksud ada ais. Maksudnya, dia tak jadi panas atau terlampau sejuk mengikut musim tertentu..
Kitorang dah bawak baju kot untuk mandi. Dengar ust cerita tempatnya macam private dan best. Tengok-tengok ramai pulak orang kat Warm Spring tu. Pergi kat Cool Spring, tak ada sapa pulak yang nak mandi. Ust ajak jugak main air. Maka terbitlah kata-kata,
Next, kitorang pergi SANDBOARDING...!!!! =)
Sandboarding
Bagi yang tak tahu apa itu Sandboarding, sandboarding ialah luncur padang pasir. Kalau dekat kawasan bersalji, kita main ski. Dekat padang pasir, main sandboarding.. =)
Kami secara peribadi amat suka la sandboarding nie.. Nak turun luncur tu tak de masalah. Curam pun tak pe je. Masalahnya, NAK NAIK SEMULA ke atas bukit tu.. Penat kot.. Sebab tanah tu jerlus, jadinya susah nak jalan sebab tenggelam. Tambah-tambah kalau tak berapa nak kurus. "Anak anjing" kena kuat la baru senang nak naik.. sapa tak tahu apa itu "anak anjing", nasib hampa la...haha =P tanya mak ayah yang duduk kampung.. =)
Menaiki Jeep di Gurun Sahara
BEST..!
Oasis di Gurun Sahara |

Warm Spring Oasis: Belakang kitorang ni ada kolam air panas. Ramai la orang mandi kat situ. |
Sekitar kawasan Warm Spring. |
Cool Spring Oasis |
Kitorang dah bawak baju kot untuk mandi. Dengar ust cerita tempatnya macam private dan best. Tengok-tengok ramai pulak orang kat Warm Spring tu. Pergi kat Cool Spring, tak ada sapa pulak yang nak mandi. Ust ajak jugak main air. Maka terbitlah kata-kata,
"Kalau tiada yang memulai, tiada yang mengakhiri"
-status pertama kitorang selepas balik nanti! kata mereka... last-last kami sorang je tulis. buat segan je... haha..Berbekalkan kata-kata itu, Wirawati kami, kak cik Nadhirah Zuhairi, menyahut seruan turun dalam air. BETUL KATA UST..! Lepas daripada itu, ramai yang turun main air.. waaahh..... terbaik!! =D
Next, kitorang pergi SANDBOARDING...!!!! =)
Sandboarding
Bagi yang tak tahu apa itu Sandboarding, sandboarding ialah luncur padang pasir. Kalau dekat kawasan bersalji, kita main ski. Dekat padang pasir, main sandboarding.. =)
Ini sandboarding |
Antara banyak-banyak tempat untuk sandboarding, setakat ini, di Siwa ni yang paling curam dan paling "sakit" nak naik... hee~~
Kami tak buat banyak kali.. hehe... jadinya, banyak masa kami guna untuk tengok keadaan sekeliling.. bajet..~~ haha.. tak boleh tengok sangat pun sebenarnya sebab waktu itu angin kuat, mata memang dah penuh dgn pasir, makan pasir..
Kitorang duduk kat sini tunggu sunset. Cantik..! SubhanALLAH....

Matahari terbenam di barat.. Kalau di timur?? 0_0 Astaghfirullah... |
Makanya,
"Yanzilusy syams, yathla3 al qamar"
-status kedua yang dipersetujui bersama tetapi.... kami sorang je yang tulis.. =( segan..~~
kami juga dapat melihat bulan terbit sejurus selepas matahari jatuh.. Tengah-tengah padang pasir ust buat loklak, tetiba je dengan syeikh Idris alunkan Ya Badrotim... masyaALLAH... itulah bestnya kalau datang dengan Ust yang macam nie... sporting je.. best! Ust Msia, semua malu-malu pelik.. tak faham apa fungsi. =='' hehe.. tak de la.. gurau je.. =)
Kitorang amat bertuah sebabnya datang pada 14 rabiul akhir.. =) bermaksud, malam itu malam 15hb, so, bulan mengambang... =D
SubhanALLAH... Alhamdulillah... ALLAHU Akbar..!
Malam dah pun berlabuh.. Tiba masanya untuk balik ke hotel. Lepas Isyak nanti ada misi yang perlu diselesaikan... hehe.. Tak sabar rasa..
Dalam perjalanan pulang, kitorang ada singgah di satu kawasan yang dikatakan ada fosil ikan. Dahulunya, dikatakan padang pasir ini asalnya sebuah lautan yang luas. Sebab tu ada ikan.
Dalam sangkar tu, ada benda warna putih, yang menyerupai ikan, dikatakan itu fosil ikan. |
Setelah itu, kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi merasa naik ROLLER COSTER.. =D dan untuk terakhir kali sebenarnya.. =(
8.00 malam:
Usai solat dan kibas pasir.
Misi selanjutnya --> NAIK BASIKAL KELILING SIWA....! yeay...! =D
Kat sini, boleh sewa basikal untuk jalan-jalan sekitar Siwa.. Murah je.. LE 5 / jam....!
Apa lagi, jom rempit..! =) hehe...
Kitorang mengayuh dari kedai makan arab dan tempat sewa basikal tu, pergi ke Shali.. Basikal yang kami naik tu pendek. Jadinya,tak boleh nak kayuh perlahan. Lenguh kaki. So, "terpaksa" kayuh laju-laju. Tetiba, Nusaibah ajak lumba.. Jalan kat situ tak de orang... =D Apa laaaagi...... hehe.. Tetiba baru sedar.. Ust mana?? Aish... segan nya.......!! buat perangai mcm tu depan orang... ALLAH....~~
Tapi best la kayuh basikal jalan-jalan.. kat Mesir kot.. bukan senang nak dapat peluang..
=D
Sampai kat Shali, Ust berhenti sekejap.. suruh tengok alam sekeliling, sambil ust cerita.. Waah...~~ naik basikal,kat Shali,diterangi cahaya purnama... perfect --> ALLAHU AKBAR..!!! =D
*sayangnya tak ambil gambar naik basikal..haha.. tak terfikir nak ambik pun masa tu.
Out of 10, 5 orang je yang bertahan sampai sejam..haha..
Yang lain dah nak berhenti, so, nusaibah,mardhiah,sarah,hafi dan kami volunteer pergi cari kedai roti dan survey kedai makan.. =) asalnya nak pergi meronda lagi..kah kah..
Jumpa satu kedai makanan selain daripada yang dekat Shali tu. Tapi bila kitorang pergi, makanan semua dah habis. Sebab ramai sangat orang. So, terpaksa bawak budak-budak ni balik ke kedai di Shali tu balik.. dah rezeki pak cik tu.. =)
Lepas makan, kitorang balik ke hotel.
End of the Day..... =D
15/2/2014:
Hari terakhir di Siwa.
Sedih.
Kitorang keluar lewat sikit hari ni sebab tinggal 2 lokasi sahaja yang berbaki.
Pukul 8.15am kitorang bertolak ke Shali...
Shali, Siwa
Nama lain bagi Shali ini ialah Kota Sarang Semut atau Kubu Shali atau Kota Lama Siwa.
Kenapa dipanggil sarang semut? Sebabnya bentuk dia yang berlubang-lubang, ada banyak tingkap, nampak macam sarang semut.
Shali, Siwa |
Dahulunya, Shali ini mempunyai 3 fungsi utama:
1. Kubu. Macam yang kita tahu, Siwa ni sempadan dengan Libya. Shali ni terletak di kawasan yang agak tinggi, dan binaannya juga tinggi. Dari sini, kita boleh tengok keseluruhan kawasan Siwa, termasuklah padang pasir di Gurun Sahara di sempadan Siwa-Libya. Kalau ada musuh, mereka boleh nampakla dari sini. Juga nak lindungi daripada pencuri.
2. Dahulunya, penduduk di sini bermuamalat guna sistem barter. Tukar zaitun dan kurma dengan gandum dengan barang-barang lain. Barter ni boleh dilaksanakan kerana Siwa ni kawasannya amat subur. Antara sebabnya,kedudukannya yang berada 19meter di bawah paras laut.
Tapi, pada musim kemarau, kalau lama hujan tak turun, tumbuh-tumbuhan akan mati. Pada ketika ini, Shali ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan makanan dan air bagi penduduk di sini.
3. Kami lupa..hehe... minta maaf la. Nanti kita pergi lagi sekali ya... hee~~ =)
Selepas membeli-belah dan bergambar, kitorang pun teruskan perjalanan ke destinasi terakhirrrrrr.....
Fatnas Island
Ya Allah..... Dalam semua tempat, kat sini yang paaaaaling teramat kami suka sekali..! =D
Siapa pergi Siwa, tak pergi sini, GILA..! melampau sangat ke ya? bukan gila bermaksud hilang kewarasan, tapi, GILA bermaksud, bakpe mung dok pergi??? Ruuuugiii.....! ~~
Angin yang kuat, sejuk, cantik... aish.. susah lah nak cakap... nak tahu,pergi la rasa sendiri.. =)
Kami pun rasa tak puas hati sebab duduk sini sekejap sangat. Sebab nak kena bertolak balik awal supaya tak sampai lewat malam sangat. Lagipun kita nak berhenti di matrouh semula.. =')
Gambar nampak macam biasa. tapi feeling tu luar biasa...! =D |
Selesai sudah penjelajahan di Matrouh-Siwa.
Bertolak pulang ke Kaherah.
Dalam perjalanan, kitorang terpaksa berhenti dalam 10 minit di salah satu R&R, sebabnya ada RIBUT PASIR..!!
Pertama kali kami tengok benda macam tu. Sekumpulan pasir datang secara tiba-tiba dibawa angin. Belakang tremco kitorang memang tak nampak apa dah. Tepi pun koko je. Ada seekor anjing tu sesat kat Highway. kesian dia.
Tapi, lepas tu hujan.. Alhamdulillah... Doa pak cik driver tu Makbul.. Allahu rabbi....
Cukupla sampai di sini ceritanya.
Sampai di Mounira pada pukul 10.20pm.
Selamat tinggal pak cik Ihab..
Selamat tinggal Ust. Yusuf..
Matrouh-Siwa, jumpa lagi...insyaALLAH... =D
Terima kasih kepada geng tour de Marsa Matrouh-Siwa '14... anda memang terbaik dan best..! Allahu yubarik fi kunn.... =D
Tahun depan nak pi mana??
Hurghada jom..! =)
ke Luxor Aswan ya?? hmm~~
=D
Minta maafla sesiapa yang terasa dan ada ketidak puasan hati terhadap penulisan ini. Kami tak tahu di mana silapnya dan apa masalahnya. Kalau nak tegur, amatlah diharapkan.... =)
#latadrimasmukghadan
#aasifah
No comments:
Post a Comment