SubhanALLAH.
Alhamdulillah..
ALLAHU AKBAR...
Allahumma solli 3ala sayyidina Muhammad wa 3ala aalihi wa sohbihi ajma3in..
- 3 hari pasca jelajah -
Ahhh... xpercaya rasa dah balik.. tak nak baliik..! =")
InsyaALLAH akan pergi lagi.. Next summer insyaALLAH.. =D
- imbas kembali -
28/1/2014:
Ahli vistana yang memilih untuk tidak keluar dari Mesir berasa bosan dan tertekan. Lalu mengambil keputusan untuk pergi ke Matrouh Siwa. Pencarian trip bermula.
#wechoosetotravel
5/2/2014:
Setelah sekian lama berbincang, ahli VSL mengambil keputusan untuk join satu trip ni, yang akan bertolak pada 13/2-15/2.
Tiba-tiba..
9/2/2014:
Ketika fajar Ahad mula menjengah, satu mesej diterima mengatakan, KITA TAK BOLEH JOIN TRIP TU KERANA ********.. Pada ketika ini, aku merasakan fiqhul ikhtilaf amat penting untuk dipelajari dan difahami.. tak pe lah.. nak buat macam mana. mungkin ada hikmahnya. (YA,ada hikmahnya..! =D) tak seronok jugak pergi kalau ada yang tak meredhai.
10/2/2014:
Makanya, kami pun teringatkan kenalan yang sedia ada (walaupun kenal kat FB je) iaitu Yusuf Travel And Tour untuk menyampaikan hajat kitorang ke Matrouh-Siwa. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Walaupun bagitau agak last minute, Ust.Yusuf nak jugak tolong bawakkan.. =)
Pada mulanya, ada 12 orang dalam kalangan ahli GEN11US yang akan sertai private tour ni. Jadinya, harga yang ditawarkan Ust. amat murah dan berpatutanlah.. Hanya le450 termasuk safari oasis jeep etc.
Makanya,kitorang pun terima.. dan excited menghitung hari nak bertolak.
Tiba-tiba...
11/2/2014:
"ORANG TAK CUKUP???"
"Kenapa tetiba tak nak pergi pulak ni? Hari tu kan dah kata nak pergi? ==" "
Konflik bermula bilamana ada yang tak nak pergi. Tarikh kian menghampiri. Macam mana ni??
Pencarian ahli trip untuk cukupkan quota amat susah. Susah..
Pada ketika itu, kami hanya 8 orang. Kenapa perlunya cari orang? Sebab harga akan jaadi amat mahal kalau tak cukup orang.. ="(
ALHAMDULILLAH....
Terima kasih dan amat menghargai mereka yang sanggup terima ajakan last minute, walaupun baru balik dari Turki, Italy.. walaupun duit habis terus.. =') Terima kasih banyak.. =)
12/2/2014:
Dapat harga baru untuk 10 orang.. ALLAH.. MAK AII... Agak mahalnya..!
Tapi, laagi terharunya, ahli trip kata, "xpe.. jom pergi je. Kalau tak nanti rugi.. kesian kat korang.. barang-barang pun dah pack kan.. dah excited nak pergi ni.." wargh.. T_T baiknya hamba-hamba ALLAH ini.. =)
Makanya, bermulalah episod pengembaraan kami semua..
13/2/2014:
Kami bertolak dari Syari3 Mawardy, menaiki tremco cantik, ke Matrouh pada jam 7.30am.
Jumpa Ust.Yusuf.. semua kata, Allah.. kecik je ust nya.. haha.. nampak ust macam budak tingkatan je.. sebab kitorang semua agak tinggi sikit la.. =P FYI, ust nie orang seberang selat melaka.. =) ambil mood edcoustic..haha.. cukup sampai situ..
Lagu Tema Jaulah: dipilih sebab setiap kali radio terpasang,lagu ni keluar dulu..haha
Untuk pengetahuan, perjalanan dari Mounira ke Matrouh mengambil masa 5 jam setengah. Memang pinggang-kaki lengah la..
Tapi jangan risau. Ada R&R Mesir..!!
"JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN"
Peta Cairo-Matrouh-Siwa |
Kami baru tahu WUJUD R&R kat Mesir yang CANTIK..! Seriously xtipu.. Kami tak pasti di mana. Tapi on the way ke matrouh tu la.. Waktu berhenti tu, dahla berkabus, sejuk, KELUAR ASAP kot bila bercakap...!!! waaahhhh...~~ =D tandas dia pun lawa... lepas kita basuh tangan, automatik ada mak cik huloq tisu.. waahhh... tapi kena bayar segenih.. ok la kan.. =)
rugi la sapa yang tak berhenti kat situ dan tak turun hari tu..hehe..
eh, lupa pulak nak kenalkan pak cik driver yang baik.. ini kami tak tipu.. memang susah nak cari driver arab mesir macam dia.. Mungkin sebab Ust pandai layan dia jugak kami rasa.. tapi bagus la.. eish, tak habis lagi nak puji ust.. sebab bahasa arab dia masyaALLAH.... terer nya...!! dia tido n mkn sekali dgn pak cik Ihab(driver) kot.. sembang gelak2 bertepuk tampar bagai macam org arab betol.. 0_o kalau tak percaya kami cakap, tanya Nabil..! kalau kita, melayu, pandai ckp arab pun rasa tak de la sampai boleh sembang sepanjang masa.. kan?? (ke kami je??hahaha)
Mana nak cari driver mesir yang sanggup tunggu orang lambat releks je?
Mana nak cari driver Mesir yang tolong pasang lagu melayu sepanjang masa?
Mana nak cari driver yang dia pulak ajak ust bawak kitorang pergi sana,pergi sini untuk ambik gambar? (sampai kitorang pulak yang terpaksa tolak sebab takut sampai Cairo lambat)
Mana nak cari driver yang sanggup hantar kitorang masuk ke tempat yang agak pendalaman, sebab tak nak kitorang penat?
Mana nak cari pak cik driver yang sangat prihatin, bagi kami chewing gum,coklat, nak bagi air etc??
Mana nak cari, DAH LA... mcm over je...hahaha...
Okey.. Balik kepada cerita jaulah..
Dalam perjalanan tu, ada satu tragedi yang pertama kali kami tengok depan mata.. ada kemalangan yang begitu DAHSYAT! 15 ACCIDENT kereta + 1 ACCIDENT lori ayam (kesian ayam..) + 1 ACCIDENT yang kami tengok sendiri ada orang yang penuh dengan darah tertiarap atas jalan.. ALLAH... masyaALLAH... semoga kita semua dalam perlindungan dan jagaan ALLAH dan mati dalam keadaan husnul khatimah..amiin...
Setelah 5 1/2 jam tu, makanya kami pun Alhamdulillah selamat tiba di Matrouh... =D Cantik nya... Ada Laut.. =) Tak ramai orang.. Jarang dengar hon pon pon pon.. =) -->Destinasi pertama.... Cleopatra bath (hamam)...
Cleopatra Bath (Hamam Cleopatra)
Tempat ni waktu turun daripada tremco tu, memang rasa mata tak boleh nak tengok benda lain dah.. Cantiknya... pantai dia batu, bukan pasir.. Ombak datang menghempas batu, air yang jernih bertona, subhanALLAH... rasa macam dalam filem je... =D
Nak pergi ke tempat mandi tu, kita kena jalan dalam air laut.. macam mana nak cakap ya? Hamam nie duduk jauh ke tengah sikit daripada tepi pantai tu, so, kena redah air la untuk pergi ke situ.. Kena pergi sendiri kot baru faham.... ;-) hee~~
Ceritanya secara ringkas, tempat nie dulu Ratu Cleopatra yang bercinta dengan Anthonio tu, mandi kat sini. Kalau tengok bilik mandi ni dia ada 2 lorong,kiri dan kanan, di mana air laut akan masuk.. Satu untuk air deras, satu air perlahan. Jadinya,air dia sentiasa mengalir la. Magicnya, suhu air tu berubah ikut kesesuaian waktu. Katanya, sebenarnya ada satu sistem pemanas air semula jadi. (kami tak pasti jugak macam mana,sebab kami ralit tengok benda lain..hehe)
Cleopatra Bath |
Sekitar Cleopatra Bath |
Sapa entah tebuk bentuk hati kat batu dalam air nie..=='' |
Ageba Beach
Setelah itu, kami pun bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Ageba Beach (Ajiibah)..
Salah satu destinasi perlancongan yang WAJIB pergi kalau datang ke Mesir, menurut kata Wikipedia.
Kenapa? Sebab memang cantik dan ruugi kalau tak pergi.. =)
Lautnya dikatakan boleh kelihatan padanya sehingga 7 warna.. amboi ayat..haha.. Tapi memang nampakla tone tu. Kami boleh detect 5 warna je.. Air dia.. ALLAH... memang jernih la..
Waktu kitorang sampai tu, memang tak de orang. Tu yang excited tu. Senyap je tempat tu. Sebab memang dah jadi adat orang Mesir, hanya akan pergi ke pantai waktu Summer.. Bagus jugak.. Kitorang pergi time winter..hehe..
Memang rasa heaven la.. Ust pun kata waktu kitorang turun tu, "AGEBA INI KITA PUNYA... hahaha..." macam tu la lebih kurang bunyinya...
Dah jalan sikit-sikit di sekitar pantai tu, kitorang pun balik ke tremco nak ambik makanan dan baju untuk main air..
Tiba-tiba......
Wargh....!!!!
Ada satu kenderaan yang macam bas tapi kecik,depa kata coster, parking belakang tremco kami.. Kami dah rasa macam.. ala.. baru nak buat harta tempat nie.. Lepas tu, pi la mengintai sapa dia.. Madeena Tour ke? Harapnya janganla sebab penuh la nanti.. TAPI, yang laagi tak nak pulak datang.. Tidaak... Ada orang bagitau kami, itu bukan ikhwah batch ke?? HAAA??? APA??? buat mende pulak?? orang baru nak main air nie.. bola dah bawak..
Semua memang sedih gila la.. itu la.. Pengajarannya, tanah itu hak ALLAH, semua milik ALLAH.. kita tak layak walau satu saat pun claim itu adalah HAK kita.. =(
Jadinya, tak boleh mandi.. tak boleh main air.. sebab akhawat memang segan sikit.. plus,kat situ tak dak tempat salin baju.. agak susah sikit la SEBAB IKHWAH ADA.. kalau kami, xkisah sgt, lantakla kat depa, kita memang berkongsi hidup kat bumi ALLAH, apa salahnya kongsi Ageba beach? Makanyanya,mengenangkan dah bayar mahal, kami pun pegi la jugak main-main sikit dengan air tu.. sat ni kempunan susah pulak...hehe..
Tak lama kemudian, datang Madeena Tour punya group.. habisla..haha.. di mana privasi kitorang?? =p Kami nak makan pun rasa tak berselera sebab tak boleh main air tau tak? Dalam kekecewaan tu, pergi la nak basuh tangan menggunakan air laut, tengah-tengah dok bergurau dengan budak-budak nie, boom.. tergelincir, kami jatuh dalam air laut Ageba.. Habis basah.. Sakit pinggang.. At last,"main" jugak aku dengan air dalam tak nak main.. Allah nak bagi merasa..haha.. walaupun sakit.. Alhamdulillah... tapi kami kesian kat kawan-kawan lain la sebab tak merasa.. =( minta maaf ya sahabat-sahabat.. kami tak tau ikhwah pergi jugak.. =( kita plan dulu.. tapi Allah plan lagi awal.. xpe la.. nanti summer kita pi lain main puas-puas ya?? =D
Tapi, at least kita dapat makan kat tepi Ageba beach.. yeah! =)Setelah semua "menyampah" dan dengki tengok orang seronok main air, kitorang decide untuk membawa diri..~~
Sebab..........
tak dapat ageba beach, jom kita pegi Pantai Pasir Putih..!! buat apa buang masa layan sakit hati,kan? bola kita bawak berat-berat tak main rugi la..
tak dapat ageba beach, jom kita pegi Pantai Pasir Putih..!! buat apa buang masa layan sakit hati,kan? bola kita bawak berat-berat tak main rugi la..
Makanya, kami pun beredar menuju ke Pantai Pasir Putih atau Obayed Beach... =D
Pantai Pasir Putih (Obayed Beach)
Terletak tak jauh dari Ageba beach. Tapi perbezaan density nya amat jauh kata Ust. Pantai ni seperti yang digambarkan melalui namanya, mempunyai pasir-pasir yang putih di sepanjang pantai. Bezanya dengan ageba beach, pasir ini mampat dan lebih halus. Perbandingannya lebih kurang pasir di Ageba itu macam gula, dan di Obayed ini macam garam..(tahap kehalusan)
Di sini, kami semua bermain sepuasnya.. Bebas daripada orang..haha.. tapi tak main air pun. Sebab semua dah tukar baju dan dah nak maghrib. Kami main bola tampar, jijak-jijak kaki, tulis-tulis nama kat pantai, tengok laut, muhasabah diri dan akhir sekali... tengok SUNSET..
*tapi sunset bukan kat side laut tu.. kat side bangunan..haha.. kacau betul..
Waktu tengok laut yang luas, ombak yang kian mengganas, sinar mentari yang menghampiri kaki lazuardi, banyak beri kesedaran kepada kita. Aku umpama kuman di mata Allah.. Kecil,tiada apa-apa. Dengan dosa yang begitu banyak, masihkah ALLAH akan pandang kita? ALLAH ITU MAHA PENYAYANG, MAHA BAIK.. dan amat dekat dengan kita walaupun kita zalim.. Kenapa kita sombong? Kenapa tak nak bertaubat? Kenapa? ="(
Benarlah sesungguhnya bermusafir itu mendekatkan diri kepada Pencipta Yang Esa..
Souq Libya
Tirai malam pun berlabuh, menyelimuti separuh bumi menjadi kelam.
Kami bersepuluh meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Souq Libya(Souq=pasar). Libya hanya sekadar nama,tak ada pun barangan dari Libya atau apa-apa kaitan. Tempat ni macam Pasar Saidina Hussein kata Ust.Yusuf. Tapi kami tak setuju. (inilah demokrasi,kita berhak membangkang..hoho) sebabnya,pasar ini amatlah kemas. Tak serabut. Best! *thumbs up
Untuk pengetahuan, orang di matrouh dan siwa ni ada slang atau loghat dia tersendiri. Tapi orang kat Siwa lagi pekat la slang dia tu. Sampai susah nak faham. Menariknya, mereka faham bahasa baku atau fushah, better than ammiyah. Itu kena puji la.
Orangnya pula, lebih tenang dan lemah lembut. Tak macam di Cairo. Kita nak beli apa-apa,dia layan amat baik. Even tak beli pun..=)Tak de la dengar suara yang cakap kuat giler macam kat kedai Cairo. Diorang cool sikit.
Selepas membeli-belah, kami pun kembali menyambung permusafiran yang terhenti menuju ke Siwa. Waktu ni hujan. Tak sampai 5 minit pun, tapi dah banjir.. ==" hoho~~
Perjalanan dari matrouh ke Siwa lebih kurang 324km/4jam.
Terdapat beberapa siri sekatan jalan raya atau road block. Memang menakutkan la. Budak-budak ni semua dah tidur. Alhamdulillah la semuanya dimudahkan. Pak cik Ihab kata kat Ust, mudah sikit sebab bawa akhawat. Kalau ikhwah, mesti diorang nak check beg dsb. Ada satu road block tu, sebuah kereta dihadapan kami diperiksa. Dia ada bawa benda apa ntah, macam senjata je kami tengok. Memang lama la kena periksa. Tapi lepas je la at last. Bila turn tremco kitorang, apa yang boleh buat, sengih je la, angkat tangan.. Ust pulak sua Boreo.. =='' haha..~~
Setibanya di Siwa, kami agak "waah" jugak la.. Waktu tu malam, jadinya nampak satu bangunan tu macam batu-batu disinari cahaya lampu (nama bangunan tu Shali..nak tau apa? baca yang siri kedua ya..). Cantik jugak la. Ust kata, bangunan tu dibuat daripada garam dan tanah je. Dalam hati, kami kata ust nie mengigau ke?? haha..jahat gila..
Kami dijemput oleh seorang syeikh yang tahu sikit-sikit bahasa Melayu sebab pernah datang ke Malaysia.. Nama beliau Syeikh Idris. Kami dibawa ke hotel tempat penginapan kami selama 2 hari ini. Cantik. Macam duduk kat kampung.. =D ahhh... bestnya.. nak pergi lagi... =)
*bersambung siri 2..
Pantai Pasir Putih (Obayed Beach)
Obayed Beach |

Cinta Pantai Pasir Putih..haha |
Souq Libya
Tak ambil gambar banyak pun kat sini. Sebab semua nak beli-belah..hee~~ |

No comments:
Post a Comment