Allahumma solli 'ala Muhammad..
Assalamualaikum...
Apa khabar? Mudah-mudahan sihat insyaALLAH..
kitorang dah habis periksa pertengahan tahun..yeay..!! semoga kami semua berjaya..amiin3...
dan kat mesir sekarang nie dah masuk winter.. Best..!! Sebab cuti..haha..
Waktu study leave hari tu, kami serumah telah mencuba pelbagai resipi2 yang telah dimodified.. dan yang menariknya, dalam dok modified2 pun, lagi sedap daripada yang asal..! *perasan giler..hahaha.. tak pe la sekali sekala... sapa lagi nak puji ahli beit kami kalau bukan kami kan?? =D
So, first resipi.. Kami try nie 2 hari sebelum start first exam.. petang buat.. malam khalas..habis..haha.. Apa dia? Kek Batik Lazuardi...
Apa ke pelik nama dia? Sbnrnya kek batik.. tapi sebab dah dimodified, kita pun buat penjenamaan semula la..hehe.. VISTANA SRI LAZUARDI ialah nama rumah kami.. *jgn buat muka disgusting ya..! =(
Bahan-bahan:
- Setengah paket biskut Hup Seng Cracker/ Ikut suka nak byk mana
- 1 cawan serbuk koko
- 5 sudu besar butter
- 3/4 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 cawan air
-biskut tu resipi asal guna biskut marrie..saja kitorang nak guna biskut petak.. =)
-then, kalau ada stok milo yg infiniti, lagi sedap guna milo.. seriously.. nk tmbh serbuk koko byk2 boleh tp biar perpada la sebab nnti pahit tak boleh makan.. =)
Cara-cara:
- patah-patahkan semua biskut tu ikut suka hati. nak lepas tension bolehla.. tp jgn kecik sgt..nnti tak sedap.. masukkan dalam loyang atau bekas dan letak tepi dulu..
- dalam periuk, campurkan koko,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut.
- masukkan pulak butter dan kacau sampai dia cair
- kecilkan api. masukkan telur dan kacau sampai agak-agak pekat
- lepas selawat 30 kali, bolehla tutup api
- tuangkan coklat yg dimasak ni ke dalam loyang yang berisi biskut patah tadi
- balik-balikkan dengan sudu sampai semua biskut kena cokelat.
- tekan dan mampatkan biskut
- simpan dalam peti ais 2 jam
- Potong dan makan... =)
Dah pun selesai.. Seriously, nie la kek yg kami confident reti buat.. kami nie tak reti bab-bab masak bakery-bakery nie.. So, ahli beit telah mematangkan kami..haha -_^
Jadinya, try la... tak rugi dan menyesal insyaALLAH.. kalau kami boleh, hampa pun mesti BOLEH!!!
Tu je la... Selamat mencuba kepada yang nak... =)
No comments:
Post a Comment