Sunday, October 12, 2014

Kejutan Fortox

Assalamualaikum..

Hari ini hari pertama bukak sekolah perubatan tahun 4. Alhamdulillah atas umur dan nikmat yang diberi.

First round kami tahun ni ialah round forensic and toxicology. Memandangkan hari ni hari pertama sekolah, banyak surprise yang terjadi.. haha..(gelak dulu)



Semalam dah baca kat group arab yang kelas mula jam 12 tengah hari. Kami dan ahli beit memang yakin kelas mula pukul 12pm sebab byk jugak la post budak2 arab yang tanya kelas pukul brp dan semuanya kata pkl 12pm. Jadinya, memang dah merancangla pagi ni nak melagha, kemas-kemas rumah apa yg patut dan berazam untuk dtg sejam awal (kononnya).

TIBA-TIBA,

Seorang housemate bagitau, bahawa kelas mula jam 10 pagi! Ketika ini jam menunjukkan pukul 9.40am Gila la..! Tercengang,tersentak,terkejut dan semua ter la rasa.. Mula la kelam kabut. Hang langgar aku, aku langgar hang. Bersiap mana yang patut je la. Semasa kami semua dah bersiap nak meninggalkan rumah, dapat satu panggilan daripada seorang kawan ni yang mengatakan kelas mula pukul 12pm pulak...!

Wargh........!!!!

Hmmph...

Tak pe la... Teaser nak buka sekolah..hoho..

Sampai kat kelas, dengan semangatnya tunggu lecture mula. Pukul 12pm, lecturer tak datang lagi. Well, biasalah.. Mesir.. Dr. pun busy..

12.15pm tak juga mula kelas. Kami pun dah tak tau nak buat apa. Semua orang disekeliling kami pun tak da buku untuk dibaca. Buku tak dijual lagi. Makanya, kami dan rakan-rakan pun mainla permainan tradisional melayu ==> BINGO... sorry to say but I'm the WINNER! haha... =P

Akhirnya... Pada jam 12.35pm, doktor pun muncul...
Alhamdulillah.. =D

Teruja tak terkata. Dan yang menambahkan lagi keterujaan tu ialah lecturer cakap bahasa Arab! Seronokla 15 minit lepas tu.... hmmph... Dah la lama duduk malaysia, tak cakap arab, baru balik pulak tu, memang berhabuk dan berkarat la. Pening kepala nak dengar apa yang doktor ckp. Dah la laju.. (ke kami yg slow?haha) Respect giler3 kat budak g2g!

Ketika pandangan kian meredup, tatkala pendengaran semakin sayup, bilamana akal dan hati tak lagi bersatu, PINTU KELAS PUN TERBUKA. Terasa segar dan berfungsi seluruh pancaindera dengan kehadirannya.. Ceiwah.. Dr.Hussein Khairy, Dekan fakulti kami datang melawat kelas kami..!! Waahh... seriously, bagus gila...! kitorang tgh belajar pasal etika dalam perubatan, beliau cakap topik ni amat pentingla untuk kita hadam sebab akan guna hari-hari (mcm tau2 je kami tak berminat..hehe) Tapi,bagus tak kami? Kami ingat apa dia cakap.. hehe.. ;-) Lepas tu, Dr.forensik pun puji beliau. Dia kata beliau merupakan antara contoh manusia yg beretika, yang paling bagus yg dia kenal. Tak pernah beza-bezakan taraf doktor atau orang. Semua dia layan sama je.. ALLAH ALLAH.... seriously berkenan.. ngeh3.. =P

Kami start kagum dengan Dr.Hussein nie waktu seminar PERUBATAN dua tahun lepas. Kami duduk kat tepi dinding dewan tu seorang2, nampak beliau lalu, kami takut la sebab ye la... Dekan kot.. kami pun ke tepi jauh sikit supaya tak ganggu depa nak jalan. Nak tegur memang tak berani la. Ada bodyguard (kot?) escort dia, ada En.Zikril (pegawai JPA) sekali. Tapi tapi tapi. Dengan tak disangka-sangka, waktu dia nak lalu tu, dia tengok kami dan kami pun mestila tak tahu nak buat apa. Nak bagi salam ke tak ke. Semua orang tua-tua ada kat situ. Takut salah cakap ke sat gi apa pun tak dapat. Tiba-tiba, dia bagi salam kat kami sambil senyum dan pergi.....! wargh...!!!!! baiknya...... dia tegur kami dulu.....! siapala kami nak banding dengan dia. nak study pun malas lagi, dia tu surgeon kot..! tapi dia tegur kami... ALLAH ALLAH... =) segan kot..

Kejutan dalam first class fortox hari nie memang terbaik la..!

Sekian.


~peacenowar~


















No comments:

Post a Comment