Bahan-bahan:
Perap Ayam:
3 bahagian peha/dada ayam (buang tulang)
3 ulas bawang putih | kisar halus
4 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam secukupnya
Salutan:
2 biji telur | dipukul
tepung gandum secukupnya
bread crumbs secukupnya (kalau nak jimat,beli roti fino,bakar dlm oven,blend)
Sos Black Pepper:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar(potong dadu)
1/2 kiub ayam
2 cawan air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar lada hitam(tumbuk halus atau guna serbuk)
*boleh lebihkan ikut suka
tepung jagung (jika perlu)
Bahan-bahan sampingan:
Koslow
French fries
Cara-cara (Ayam):
1. Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, kicap manis, serbuk lada sulah dan garam. Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 1 jam dalam peti ais. (lagi lama perap lagi bagus)
2. Setelah cukup masa memerap, gaulkan dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.
Cara-cara black pepper sauce:
1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili. Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
8. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
9. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
10. Boleh dihidangkan
nie bukan gambar yg kami masak.. nie ambik kat org. yg kami masak,bukak instagram sirap laici.. ada dlm tu.. haha |
*kitorang nak exam pharma nie..doakan kami semua boleh jawab soalan.. amiin3....
#notharmanddonoharm
cara-cara nak debone chicken leg
lagu masak.. tuai padi antara MASAK..hehe~~
No comments:
Post a Comment