Sunday, October 12, 2014

Kejutan Fortox

Assalamualaikum..

Hari ini hari pertama bukak sekolah perubatan tahun 4. Alhamdulillah atas umur dan nikmat yang diberi.

First round kami tahun ni ialah round forensic and toxicology. Memandangkan hari ni hari pertama sekolah, banyak surprise yang terjadi.. haha..(gelak dulu)



Semalam dah baca kat group arab yang kelas mula jam 12 tengah hari. Kami dan ahli beit memang yakin kelas mula pukul 12pm sebab byk jugak la post budak2 arab yang tanya kelas pukul brp dan semuanya kata pkl 12pm. Jadinya, memang dah merancangla pagi ni nak melagha, kemas-kemas rumah apa yg patut dan berazam untuk dtg sejam awal (kononnya).

TIBA-TIBA,

Seorang housemate bagitau, bahawa kelas mula jam 10 pagi! Ketika ini jam menunjukkan pukul 9.40am Gila la..! Tercengang,tersentak,terkejut dan semua ter la rasa.. Mula la kelam kabut. Hang langgar aku, aku langgar hang. Bersiap mana yang patut je la. Semasa kami semua dah bersiap nak meninggalkan rumah, dapat satu panggilan daripada seorang kawan ni yang mengatakan kelas mula pukul 12pm pulak...!

Wargh........!!!!

Hmmph...

Tak pe la... Teaser nak buka sekolah..hoho..

Sampai kat kelas, dengan semangatnya tunggu lecture mula. Pukul 12pm, lecturer tak datang lagi. Well, biasalah.. Mesir.. Dr. pun busy..

12.15pm tak juga mula kelas. Kami pun dah tak tau nak buat apa. Semua orang disekeliling kami pun tak da buku untuk dibaca. Buku tak dijual lagi. Makanya, kami dan rakan-rakan pun mainla permainan tradisional melayu ==> BINGO... sorry to say but I'm the WINNER! haha... =P

Akhirnya... Pada jam 12.35pm, doktor pun muncul...
Alhamdulillah.. =D

Teruja tak terkata. Dan yang menambahkan lagi keterujaan tu ialah lecturer cakap bahasa Arab! Seronokla 15 minit lepas tu.... hmmph... Dah la lama duduk malaysia, tak cakap arab, baru balik pulak tu, memang berhabuk dan berkarat la. Pening kepala nak dengar apa yang doktor ckp. Dah la laju.. (ke kami yg slow?haha) Respect giler3 kat budak g2g!

Ketika pandangan kian meredup, tatkala pendengaran semakin sayup, bilamana akal dan hati tak lagi bersatu, PINTU KELAS PUN TERBUKA. Terasa segar dan berfungsi seluruh pancaindera dengan kehadirannya.. Ceiwah.. Dr.Hussein Khairy, Dekan fakulti kami datang melawat kelas kami..!! Waahh... seriously, bagus gila...! kitorang tgh belajar pasal etika dalam perubatan, beliau cakap topik ni amat pentingla untuk kita hadam sebab akan guna hari-hari (mcm tau2 je kami tak berminat..hehe) Tapi,bagus tak kami? Kami ingat apa dia cakap.. hehe.. ;-) Lepas tu, Dr.forensik pun puji beliau. Dia kata beliau merupakan antara contoh manusia yg beretika, yang paling bagus yg dia kenal. Tak pernah beza-bezakan taraf doktor atau orang. Semua dia layan sama je.. ALLAH ALLAH.... seriously berkenan.. ngeh3.. =P

Kami start kagum dengan Dr.Hussein nie waktu seminar PERUBATAN dua tahun lepas. Kami duduk kat tepi dinding dewan tu seorang2, nampak beliau lalu, kami takut la sebab ye la... Dekan kot.. kami pun ke tepi jauh sikit supaya tak ganggu depa nak jalan. Nak tegur memang tak berani la. Ada bodyguard (kot?) escort dia, ada En.Zikril (pegawai JPA) sekali. Tapi tapi tapi. Dengan tak disangka-sangka, waktu dia nak lalu tu, dia tengok kami dan kami pun mestila tak tahu nak buat apa. Nak bagi salam ke tak ke. Semua orang tua-tua ada kat situ. Takut salah cakap ke sat gi apa pun tak dapat. Tiba-tiba, dia bagi salam kat kami sambil senyum dan pergi.....! wargh...!!!!! baiknya...... dia tegur kami dulu.....! siapala kami nak banding dengan dia. nak study pun malas lagi, dia tu surgeon kot..! tapi dia tegur kami... ALLAH ALLAH... =) segan kot..

Kejutan dalam first class fortox hari nie memang terbaik la..!

Sekian.


~peacenowar~


















Saturday, October 11, 2014

Song: Lau Kana Bainana

Assalamualaikum...

Wajah 1

Em Am D G C Am Bb 
(ulang-ulang nie yang sama sampai habis)


Wajah 2

Am Dm G C F Dm E
(sama jugak..ulang-ulang)

*yang kedua nie ambik daripada utiup..


يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

لو كان بيننا الحبيب 
Law kana bainanal habib
لدنا القاصي والقريب 
Ladanal qasi wal qarib
من طيبة قبل المغيب 
min thoibatin qablal mughib
طالباً قرب الحبيب
tholiban qurbal habib

بقربه النفس تطيب 
biqurbihin nafsu tathib
وتدعوا الله فيجيب
wa tad'ullah fa yujib
أنوار طه لا تغيب 
anwaru toha la taghib
بلغنا لقاه يا مجيب
ballighna liqahu ya mujib

هداك الكون الرحيب 
hudakal kaunur rahib
رحمة الهادي القريب
rahmatal hadil qarib
حديثك النهر العذيب 
haditsukal nahurul 'azib
جوارك الغصن الرطيب
jiwarukal ghusnur rothib

فدتك روحي يا حبيب 
fadatka ruhi ya mujib
محمد مكرم الغريب
Muhammadun mukrimal gharib
بقربك الروح تطيب 
biqurbikar ruhu tathib
يا رحمة للعالمين
ya rahmatan lil 'alamin

يا حبيبي يا محمد 
ya habibi ha Muhammad
يا طبيبي يا ممجد
ya thobibi ya mumajjad
أنت ذوالفضل المؤيد 
anta zulfadhlil muayyad
جل من صلى عليك
jalla man solla 'alaik


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


lirik dan terjemahan dapat di SINI










Song: Cinta Terakhir

Assalamualaikum..


Intro - 
C G Em F Dm G


C            Dm     
Kau cinta pertamaku 
Am          Em          
Kau cinta terakhirku 
F           G          C           G 
Tiada apa yang bisa Menafikan kasih kita

C          Dm       
Kau ayu di mataku 
Am        Em       
Satu antara seribu 
F          G
Tiada tara di dunia

Dm            F             G                         
  Mungkin kan terputus di tengah jalan 
Em          F       
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan 
Dm         G
Usah ragu dengan takdir

C          G        
Kau ayu di mataku 
Am        Em        
Satu antara seribu 
F          G
Tiada tara di dunia 


 F           G                        
Mungkin kan terputus di tengah jalan 
Em          F       
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan 
Dm         G
Usah ragu dengan takdir
             
F           G                  
Mungkin kita kan berbeza haluan 
Em        F         
Berakhirnya cerita percintaan 
Dm        G         Am
Segalanya ketentuan Tuhan
               
F           G                        
Mungkin kan terputus di tengah jalan 
Em          F       
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan 
Dm         G
Usah ragu dengan takdir

            
F           G                 
Mungkin kita kan berbeza haluan 
Em        F         
Berakhirnya cerita percintaan 
Dm        G     -  A
Segalanya Segalanya~~


 G           A                        
Mungkin kan terputus di tengah jalan 
F#m          G      
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan 
Em         A
Usah ragu dengan takdir
             
G           A                  
Mungkin kita kan berbeza haluan 
F#m       G         
Berakhirnya cerita percintaan 
Em        A         Bm
Segalanya ketentuan Tuhan

G A F#m G

Em        A         D
Segalanya ketentuan Tuhan






p/s: nie nasyid ke tak sebenarnya?? 

KAMI TAK SETUJU INI NASYID.. sebab.. anda fikirlah sendiri..

Tak suka nasyid pelik-pelik.. ~~



Song: Kau Pergi Jua


Am 
Wajahmu
Dm
Seindah serinya pelangi yang indah
G C
Seharum mawar putih segar berkembang
F
Wajahmu
Dm E
Mengapa sering terbayang dimataku
F G Am
Sehingga terbawa didalam mimpiku


Am
Sayangku
Dm
Tahukah kau didalam hatiku ini
G C
Tersimpan perasaan cinta nan suci
F
Kau bunga
Dm E
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
F G Am A7
Lantas ku abadikan dalam jiwaku


Chorus

Dm
Sayangnya
G C
Harapan yang selama ini kubawa
F Dm
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
G Am
Semuanya bagaikan sebuah mimpi


A7 Dm
Kau pergi jua
G C
Setelah cinta ku kini membara
F Dm
Belum sempat kucurahkan kasihku
F E
Kau pergi tak kembali





='(

nak balik......~~



Tour de Marsa Matrouh - Siwa '14 (3)

Bismillah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar....

SubhanALLAH....
SubhanALLAH....
SubhanALLAH....


Jauhkanlah kami dari perpecahan ya ALLAH..
Jauhkanlah kami dari permusuhan ya ALLAH..
Jauhkanlah kami dari persengketaan ya ALLAH..
Wahai pemilik seluruh jiwa, satukanlah jiwa-jiwa kami..
Amiin ya Rabbal 'Alamiin...

Pena dah terangkat,
Dakwat pun dah kering,
Kalau tidak bertemu di sini,
Mungkin bersua di sana,
Masa yang berlalu kian menjauh,
Kenangan terlakar tiada mendusta,
Hikayat ini antara aku dan mereka,
Semisalnya ada firman mengundang duka,
Usahlah kau jadikan ianya fakta,
Kerana sesungguhnya ini hanya sebuah ceritera.

-peacenowar-
=D


14/2/2014 (petang) :

Setelah kami semua melawat Maa'bad Amun yang hanya tinggal runtuhan, kami pun bergerak pulang ke hotel. 

Setibanya di hadapan pintu masuk hotel, kitorang terserempak dengan rombongan lain yang lagi dua tu. Dan kelihatan di sisi jalan raya dipenuhi dengan jeep-jeep yang macam dalam iklan Kopi Radix..!


Waah.. best.. memang banyak la.. Apa lagi, kitorang pun terus buruan turun dari tremco untuk solat dan bersiap ke Safari Trip. Memang peruntukkan 15 minit je..! sebab tak nak lambat-lambat,nanti kurang masa main.. =)

Pukul 3.10 pm, (lebih 10 minit dari tempoh yang ditetapkan..haha..), kitorang dah masuk dalam jeep dan bersedia nak bertolak.. Semangat nie..! Semua tempat pegang yang ada dalam jeep tu kitorang pegang. Sebab budak trip sebelum ni kata, menakutkan.. so nak bersedia la dari awal. Takut apa-apa berlaku.. PREVENTION IS BETTER THAN CURE..

3.20 pm : "Kenapa jeep nie tak nak gerak lagi Ust? Pemandu dia mana?"

Ust macam berat je nak cakap..haha.. kesian dia..
"Kita nak tunggu trip yang satu lagi itu siap. Ya karena nak sekalikan ketika di safari desertnya.."

Haaa???

wargh...!!!! ~~

Nak tunggu orang??? ORANG TU BUKAN TRIP KITORANG PULAK TU.. KITA BAYAR MAHAL..! KENA TUNGGU MEREKA?? MEREKA ITU SIAPA? MEREKA 40 ORANG.. SAMPAI KAPAN LAGI MAU DITUNGGUIN???

Ust pun pergi pujuk Syeikh Idris.. Tapi tak lepas jugak..haha..~~

3.35 pm : Alhamdulillah... Baru kitorang mula bergerak... fuuhhh... Alhamdulillah jugak musim sejukk.. =D

Maka bermulalah Safari Trip.


Menaiki Jeep di Gurun Sahara 



BEST..!

Oasis di Gurun Sahara


Kami bergerak dari hotel menuju ke padang pasir yang sangat luas. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10minit.

Pada mulanya, kami rasa biasa-biasa je. Dan berasa hairan, apa yang takutnya. Tak de apa pun.. ceiwah.. berlagak... =P

Bila sampai di permulaan padang pasir tu, jeep yang kami naik ni masih mengekalkan kelajuan kura-kura nya. Rasa macam bersiar-siar naik jeep je.. haa?? haha... Kami pun mula berasa kecewa. Kata macam roller coster?? tak ada pun! retorik semata-mata..!

TIBA-TIBA

vrooooommm.. vrooomm....

2-3 jeep datang dari belakang pecut dan memintas jeep kitorang. Macam berlumba tu... Waahh... seronoknya... Kami pun tengok pak cik driver jeep kami. Bila kita nak buat macam tu nie?? =/  tapi cakap dalam hati je la... tapi, memang style kami tak suka cakap sorang-sorang, so, kami tanya jugak, "hal bada'na?"

Lepas tu pak cik tu terus meningkatkan kelajuan.. Aku tersenyum puas hati. Sebab laju la sikit..haha.. Lepas dah masuk dalam sikit, tanpa amaran, pak cik tu pecuuuutttt.... LAJU...! Seronok...!! Budak-budak nie menjerit..ngeh2.. seronok dengar orang menjerit... kami tak takut...hahaha... (berlagak.. ada kisah di sebaliknya..)

Padang pasir nie dia macam berbukit-bukit.. Macam yang kat bawah ni rupa dia. Ada bukit yang curam, ada yang kurang curam, dan landai.


Susah la nak cerita keseronokan naik jeep ni...
Hampa kena datang sini sendiri dan rasa,baru puas hati.. =D

Pak cik ni akan bawak laju gila-gila waktu jalan di padang pasir ni landai, dan super laju semasa nak naik bukit pasir yang tinggi, tapi, bila nak turun bukit yang curam, pak cik tu akan dengan sengaja buat lambat-lambat... RASA NAK TERBALIK KOT JEEP... fuuhh....~~

Waktu turun dari bukit yang tinggi dan curam tu, driver tu akan bawak laju balik.. memang geli perut dan berderau darah la... BARU TAHU KENAPA IANYA DIKATAKAN "ROLLER COSTER OF SAHARA"...

Tangisan Sahara
(tajuk oleh: Nadhirah Zuhairi..)

Dalam keterujaan dengan kelajuan jeep-jeep yang membelah sahara, kami berenam digemparkan dengan satu kejadian yang aku rasakan sampai mati tak boleh lupa..

Di hadapan jeep kami ada satu bukit yang amat tinggi dan curam. Kami amat excited nak naik kala mana mereka berlima yang lain tengah takut. Kami kata kat depa, Releks la.. dan berlagak macam macho la kononnya. Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, ketika kami sedang  mendaki bukit, JEEP ITU TERSEKAT DI TENGAH-TENGAH SLOPE bukit tu.. Enjin jeep mati.. Pak cik driver cuba hidupkan balik dan menekan minyak sekuatnya, tetapi tayar kereta tak berjalan....... 0_0

(kami=saya=aku)

Pak cik tu pun tekan hon byk kali nak mintak tolong dengan jeep lain.. Tapi orang tak nampak.. Sebab diorang semua dah lepas naik atas bukit pasir tu. Tak ada pilihan lain,pak cik tu terpaksa undurkan jeep itu.. TERHENTI ALIRAN DARAH KAMI SEMUA SEKETIKA...

Waktu jeep tu undur ke belakang, rasa tayar makin tenggelam.. Kami tak tau berat dosa atau berat pahala, tapi memang takut la pada waktu itu. Bila di undur lagi, kami merasakan jeep itu nak terbalik ke belakang. Kami dah ready nak keluar je. Pak cik tu pun macam gelabah, kalut pusing stering sana-sini,tukar gear, buang angin tayar dsb. Memang mengucap panjang la.. Dekat padang pasir nie, nak undur bukan boleh undur suka hati. Sebab kita tak boleh agak apa ada di belakang, curam ke apa ke ada kereta ke tak de ke. Sebabnya semua tanah dan macam sama. Hampa tak kan dapat tahu apa yang kami cerita ni melainkan hampa pergi.. serious kami cakap..!

Nak nangis... orang kata, kalau kita suka sangat, maknanya ada la yang nak nangis lepas tu. Kami rasa macam dah terkena. Nak nangis sebab kalau kami tak poyo suruh laju sana-sini mungkin tak jadi macam tu. Bukan apa, kesian kat orang lain. Depa tak bersalah. Kerana kelalaian aku, diorang kena sekali. Rasa bersalah sikit la... Maka benarlah kata-kata, "Dakwah itu tanggungjawab bersama, tiada istilah kubur hang kubur aku lain-lain, kerana bala Allah akan datang kepada semua.." ='(

Alhamdulillah lepas tu ada 2 jeep yang datang dari belakang nampak dan bagitau kat orang yang ada kat atas suruh tolong. Ust Yusuf yang duduk kat atas, turun jeep kot nak tengok kitorang. Takut jugak dia pun.. Ye lah.. Jadi apa-apa kat kak cik-kak cik ni susah pulak dia.. Then selepas ada pak cik lain bagi arahan suruh undur dan pastikan di belakang kitorang tak ada apa-apa, makanya jeep kitorang selamat undur ke kawasan kaki bukit pasir yang lebih sedikit landai... Alhamdulillah... Astaghfirullah.. Allahu Akbar..!

Barula kami tengok muka pak cik driver tu dah tak tegang sikit.. (pandai je kami tahu muka orang tegang ke tak..hehe) Budak-budak ni ada yang berpeluh tangan, zikir, doa, terdiam.. termasuk kami sekali la.. ALLAH... pengajarannya, jangan seronok lebih sangat.. Jangan kata tak takut laju dsb... kan dah.. Allah tu Yang Maha Berkuasa... kita ni cap kapak je... ='(

Then, pak cik tu pecut naik balik bukit tu.. Alhamdulillah kitorang selamat.. Rupa-rupanya jadi macam tu sebabnya pak cik tu ambil jalan yang terlalu curam dan ikut bekas trek orang lain, jadinya tanah tu jadi jerlus la... itu sebabnya... kata Ust Yusuf.. =) Lepas dah naik tu, kitorang terus laju memecut meneruskan perjalanan dengan sedikit keinsafan di hati, menuju ke Siwa Oasis...... =)

Apapun, pak cik Sulaiman nie terbaik..!


Siwa Oasis

Tahukah anda bahawa di tengah-tengah padang pasir yang luas dan berdebu ini terdapat kolam air semulajadi dikelilingi pohon-pohon tamar??

Hmm.. Ada.. Kami pun macam tak percaya tengok. Dulu tengok dalam cerita Doremon je. Ingatkan tipu. Kalau sapa nak tengok silalah, Doremon Dorabian Night.. Ini link nya --> Doraemon: Dorabian Night
*Tak sangka pulak ada cerita nie dalam youtube ya?? hmm...

Dekat Siwa ni, kita ada dua jenis spring atau mata air atau kolam semula jadi. Yang pertama, Warm Spring Oasis: Panas sebab ada sulphur atau belerang dalam kolam ni. Bagus untuk orang yang ada penyakit kulit dan penyakit-penyakit lain. Yang kedua, Cool Spring Oasis: Sejuk tak bermaksud ada ais. Maksudnya, dia tak jadi panas atau terlampau sejuk mengikut musim tertentu..

Warm Spring Oasis: Belakang kitorang ni ada kolam air panas.
Ramai la orang mandi kat situ.

Sekitar kawasan Warm Spring.
Cool Spring Oasis

Kitorang dah bawak baju kot untuk mandi. Dengar ust cerita tempatnya macam private dan best. Tengok-tengok ramai pulak orang kat Warm Spring tu. Pergi kat Cool Spring, tak ada sapa pulak yang nak mandi. Ust ajak jugak main air. Maka terbitlah kata-kata,
"Kalau tiada yang memulai, tiada yang mengakhiri" 
-status pertama kitorang selepas balik nanti! kata mereka... last-last kami sorang je tulis. buat segan je... haha.. 
Berbekalkan kata-kata itu, Wirawati kami, kak cik Nadhirah Zuhairi, menyahut seruan turun dalam air. BETUL KATA UST..! Lepas daripada itu, ramai yang turun main air.. waaahh..... terbaik!! =D

Next, kitorang pergi SANDBOARDING...!!!! =)


Sandboarding

Bagi yang tak tahu apa itu Sandboarding, sandboarding ialah luncur padang pasir. Kalau dekat kawasan bersalji, kita main ski. Dekat padang pasir, main sandboarding.. =)

Ini sandboarding
Kami secara peribadi amat suka la sandboarding nie.. Nak turun luncur tu tak de masalah. Curam pun tak pe je. Masalahnya, NAK NAIK SEMULA ke atas bukit tu.. Penat kot.. Sebab tanah tu jerlus, jadinya susah nak jalan sebab tenggelam. Tambah-tambah kalau tak berapa nak kurus. "Anak anjing" kena kuat la baru senang nak naik.. sapa tak tahu apa itu "anak anjing", nasib hampa la...haha =P  tanya mak ayah yang duduk kampung.. =)




Antara banyak-banyak tempat untuk sandboarding, setakat ini, di Siwa ni yang paling curam dan paling "sakit" nak naik... hee~~

Kami tak buat banyak kali.. hehe... jadinya, banyak masa kami guna untuk tengok keadaan sekeliling.. bajet..~~ haha.. tak boleh tengok sangat pun sebenarnya sebab waktu itu angin kuat, mata memang dah penuh dgn pasir, makan pasir..

Kitorang duduk kat sini tunggu sunset. Cantik..! SubhanALLAH....

Matahari terbenam di barat.. Kalau di timur?? 0_0  Astaghfirullah...



Makanya,

"Yanzilusy syams, yathla3 al qamar"

-status kedua yang dipersetujui bersama tetapi.... kami sorang je yang tulis.. =( segan..~~

kami juga dapat melihat bulan terbit sejurus selepas matahari jatuh.. Tengah-tengah padang pasir ust buat loklak, tetiba je dengan syeikh Idris alunkan Ya Badrotim... masyaALLAH... itulah bestnya kalau datang dengan Ust yang macam nie... sporting je.. best! Ust Msia, semua malu-malu pelik.. tak faham apa fungsi. =='' hehe.. tak de la.. gurau je.. =)


Kitorang amat bertuah sebabnya datang pada 14 rabiul akhir.. =) bermaksud, malam itu malam 15hb, so, bulan mengambang... =D

SubhanALLAH... Alhamdulillah... ALLAHU Akbar..!


Malam dah pun berlabuh.. Tiba masanya untuk balik ke hotel. Lepas Isyak nanti ada misi yang perlu diselesaikan... hehe.. Tak sabar rasa..

Dalam perjalanan pulang, kitorang ada singgah di satu kawasan yang dikatakan ada fosil ikan. Dahulunya, dikatakan padang pasir ini asalnya sebuah lautan yang luas. Sebab tu ada ikan.

Dalam sangkar tu, ada benda warna putih, yang menyerupai ikan,
dikatakan itu fosil ikan.

Setelah itu, kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi merasa naik ROLLER COSTER.. =D dan untuk terakhir kali sebenarnya.. =(


8.00 malam:
Usai solat dan kibas pasir.

Misi selanjutnya --> NAIK BASIKAL KELILING SIWA....! yeay...! =D

Kat sini, boleh sewa basikal untuk jalan-jalan sekitar Siwa.. Murah je.. LE 5 / jam....!

Apa lagi, jom rempit..! =) hehe...

Kitorang mengayuh dari kedai makan arab dan tempat sewa basikal tu, pergi ke Shali.. Basikal yang kami naik tu pendek. Jadinya,tak boleh nak kayuh perlahan. Lenguh kaki. So, "terpaksa" kayuh laju-laju. Tetiba, Nusaibah ajak lumba.. Jalan kat situ tak de orang... =D Apa laaaagi...... hehe.. Tetiba baru sedar.. Ust mana??  Aish... segan nya.......!! buat perangai mcm tu depan orang... ALLAH....~~

Tapi best la kayuh basikal jalan-jalan.. kat Mesir kot.. bukan senang nak dapat peluang..
=D

Sampai kat Shali, Ust berhenti sekejap.. suruh tengok alam sekeliling, sambil ust cerita.. Waah...~~ naik basikal,kat Shali,diterangi cahaya purnama... perfect --> ALLAHU AKBAR..!!!   =D

*sayangnya tak ambil gambar naik basikal..haha.. tak terfikir nak ambik pun masa tu.

Out of 10, 5 orang je yang bertahan sampai sejam..haha..

Yang lain dah nak berhenti, so, nusaibah,mardhiah,sarah,hafi dan kami volunteer pergi cari kedai roti dan survey kedai makan.. =) asalnya nak pergi meronda lagi..kah kah..

Jumpa satu kedai makanan selain daripada yang dekat Shali tu. Tapi bila kitorang pergi, makanan semua dah habis. Sebab ramai sangat orang. So, terpaksa bawak budak-budak ni balik ke kedai di Shali tu balik.. dah rezeki pak cik tu.. =)

Lepas makan, kitorang balik ke hotel.


 End of the Day..... =D


15/2/2014:

Hari terakhir di Siwa.
Sedih.


Kitorang keluar lewat sikit hari ni sebab tinggal 2 lokasi sahaja yang berbaki.

Pukul 8.15am kitorang bertolak ke Shali...


Shali, Siwa

Nama lain bagi Shali ini ialah Kota Sarang Semut atau Kubu Shali atau Kota Lama Siwa.

Kenapa dipanggil sarang semut? Sebabnya bentuk dia yang berlubang-lubang, ada banyak tingkap, nampak macam sarang semut.

Shali, Siwa
Kalau masih ingat, kami ada cerita bahawa Shali ni diperbuat dari Garam dan Air. Ada sedikit campuran batu dan tanah liat. Ini menjadikan Shali ini unik!

Dahulunya, Shali ini mempunyai 3 fungsi utama:

1. Kubu. Macam yang kita tahu, Siwa ni sempadan dengan Libya. Shali ni terletak di kawasan yang agak tinggi, dan binaannya juga tinggi. Dari sini, kita boleh tengok keseluruhan kawasan Siwa, termasuklah padang pasir di Gurun Sahara di sempadan Siwa-Libya. Kalau ada musuh, mereka boleh nampakla dari sini. Juga nak lindungi daripada pencuri.

2. Dahulunya, penduduk di sini bermuamalat guna sistem barter. Tukar zaitun dan kurma dengan gandum dengan barang-barang lain. Barter ni boleh dilaksanakan kerana Siwa ni kawasannya amat subur. Antara sebabnya,kedudukannya yang berada 19meter di bawah paras laut.

Tapi, pada musim kemarau, kalau lama hujan tak turun, tumbuh-tumbuhan akan mati. Pada ketika ini, Shali ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan makanan dan air bagi penduduk di sini.

3. Kami lupa..hehe... minta maaf la. Nanti kita pergi lagi sekali ya... hee~~ =)


Selepas membeli-belah dan bergambar, kitorang pun teruskan perjalanan ke destinasi terakhirrrrrr.....


Fatnas Island

Ya Allah..... Dalam semua tempat, kat sini yang paaaaaling teramat kami suka sekali..! =D

Siapa pergi Siwa, tak pergi sini, GILA..! melampau sangat ke ya? bukan gila bermaksud hilang kewarasan, tapi, GILA bermaksud, bakpe mung dok pergi??? Ruuuugiii.....! ~~

Angin yang kuat, sejuk, cantik... aish.. susah lah nak cakap... nak tahu,pergi la rasa sendiri.. =)

Kami pun rasa tak puas hati sebab duduk sini sekejap sangat. Sebab nak kena bertolak balik awal supaya tak sampai lewat malam sangat. Lagipun kita nak berhenti di matrouh semula.. =')


Gambar nampak macam biasa. tapi feeling tu luar biasa...! =D



Selesai sudah penjelajahan di Matrouh-Siwa.

Bertolak pulang ke Kaherah.

Dalam perjalanan, kitorang terpaksa berhenti dalam 10 minit di salah satu R&R, sebabnya ada RIBUT PASIR..!! 

Pertama kali kami tengok benda macam tu. Sekumpulan pasir datang secara tiba-tiba dibawa angin. Belakang tremco kitorang memang tak nampak apa dah. Tepi pun koko je. Ada seekor anjing tu sesat kat Highway. kesian dia.

Tapi, lepas tu hujan.. Alhamdulillah... Doa pak cik driver tu Makbul.. Allahu rabbi....


Cukupla sampai di sini ceritanya.
Sampai di Mounira pada pukul 10.20pm.

Selamat tinggal pak cik Ihab.. 
Selamat tinggal Ust. Yusuf..

Matrouh-Siwa, jumpa lagi...insyaALLAH... =D


Terima kasih kepada geng tour de Marsa Matrouh-Siwa '14... anda memang terbaik dan best..! Allahu yubarik fi kunn.... =D


Tahun depan nak pi mana??

Hurghada jom..! =)

ke Luxor Aswan ya?? hmm~~
=D

Minta maafla sesiapa yang terasa dan ada ketidak puasan hati terhadap penulisan ini. Kami tak tahu di mana silapnya dan apa masalahnya. Kalau nak tegur, amatlah diharapkan.... =)


#latadrimasmukghadan
#aasifah













Tour de Marsa Matrouh - Siwa (2)

Bismillah..
Allahumma solli 3ala saiyidina Muhammad..

La haula wa la quwata illa billah..


14/2/2014:

Tiba di Siwa. 

Kami semua dijemput oleh seorang lelaki yang paras wajahnya sekali imbas macam orang Indonesia. Beliau membawa kami ke sebuah gerai makanan Arab berdekatan dengan Shali (kota lama Siwa). Dek kerana mata yang semakin memberat dan batang tubuh yang kian longlai, kami semua mengambil keputusan untuk tidak turun membeli makanan..

Lagipun, jam dah menghampiri pukul 1 pagi pada waktu itu. TETAPI, apabila Ust berkali-kali menoleh ke belakang dan bertanya, "Tidak ada siapa-siapa yang mau beli makanan?", menyebabkan bangkitnya seorang pejuang bangsa di kerusi barisan kedua mengajakku turun beli makanan...hahaha....

Makanya, kami,Nabil, Nadhirah dan Fathiah turun pi beli makanan. Ada satu cerita best..! Ingat tak kami cakap yang orang arab kat Siwa ni jenis cool dan lemah lembut sikit? Em.. memang betul..! lelaki yang ambik order tu, dia malu kot.. haha... kami pulak segan.. =='' Nabil pun kata depa memang jenis baik-baik nie.. Berkenan la jugak.. Patutla Ust kata Siwa ni adalah tempat paling tenang di Mesir.. ;-) 

Nanti kami sambung cerita pasal orang Siwa selepas ini.

Waktu tengah tunggu makanan tu, lelaki yang jemput kitorang tadi, tegur kitorang. "APA KHABAR?" Ini menyebabkan kami semua bertambah konfius! Dia ni melayu ke arab? =='' Lepas dia cakap, "Siwa Cantik?" baru la dapat detect.. beliau ni orang arab rupanya.. tapi pandai cakap melayu sikit-sikit sebab dia pernah datang Malaysia. Nama beliau Syeikh Idris.

Selepas beli makanan kitorang pergi ke hotel. Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan penuh dengan deretan pokok-pokok kurma (ada yang kat pokok sawit..hehe ~~) dan ada pokok zaitun. Rasa macam balik kampung!

Kami menginap di Hotel El-Reen ape entah namanya.. Dibahagikan kepada 3 bilik. Tak perlu cerita panjang lagi, kitorang semua tidur...~~

Dikala terang berganti kelam.. 
Kupu-kupu pejamkan mata.. 
Kunang-kunang terangi maya pada.. 
Bila raga telah letih berjalan.. 
Tidur adalah satu tujuan.. 
Untuk mendapatkan kedamaian.. 


TAK BOLEH TIDUR..! Rasa bersalah.. Makanan kat Ust terlupa nak bagi.... ="(  
~hanya yang berkenaan memahami~


7.40am:

Krriing kriing..
"Ustajah dan kak cik semua udah bangun? Kejutkan semuanya ya.."

Aish... nak gerak pukul 8.00am, pukul 7.40am baru nak telefon?? tak payah call pun tak pe.. =='' kak cik kak cik.. main sebut je.. bukan faham pun maksud dia..haha... =P

Makanya,macam biasa, kalau bawak trip perempuan, mesti kena faham bahawa masa akan delay 15 minit..hehe..

Pada jam 8.15am, kitorang pun memulakan penjelajahan di kota Siwa.


Lokasi pertama ---> GUNUNG KEMATIAN


Jabal Mauta (Mountain Of Death)

Dinamakan Jabal Mauta atau Gunung Kematian kerana dahulunya, kira-kira 2700 tahun yang lampau, tempat ini ialah Tanah Perkuburan. Tiada apa yang istimewanya di sini melainkan kesemuanya kubur.. Dari kaki bukit sehingga ke atas puncaknya..

Siapa yang nak merasa masuk liang lahad,bolehla cuba di sini. Pada zaman tersebut, mayat-mayat ditanam beserta dengan emas dan barang-barang berharga. Menurut Ust, Buddha terpengaruh daripada sini jugak la..

Dulu, mayat orang mati, Ust kata, tak payah tanam pun. Diorang just bawak ke bukit ini dan tinggal macam tu je. Sebabnya diorang percaya mayat itu akan pergi ke kubur mereka sendiri.. emm.. (no komen)


Kat sini kalau tak silap kami, Ust kata ada 4 kubur orang yang terkenal. Tak ingat semua, tapi yang pastinya ada kubur Si-Amun. Kita boleh masuk dalam kubur ni kalau datang ke sini. Dalam kubur ni,tak dibenarkan ambil gambar.. Ye la.. takut-takut sat lagi ambik gambar bertiga,ada pulak yang keempat.. 0_0 plus,tak elok kan..

Kat kubur Si-Amun nie, menariknya dia ada lukisan-lukisan dan tulisan yang terdapat maksud dan cerita disebaliknya. Kami akan cerita mana yang kami ingat je la.. Nak tau lebih lanjut,jom kita datang lagi sekali.. =D

Dulu diorang ada satu kepercayaan yang lebih kurang begini,
bila seseorang tu mati, dia akan hidup kembali. dia ada dua keadaan. Kalau orang itu baik, maka hati(heart) dia akan terangkat dan hidup dia kemudiaannya akan senang lenang (ada details nikmatnya tapi kami lupa). Kalau dia jahat, hati dia akan jatuh ke bawah, dan dimakan oleh anjing-anjing (bawah mana kami tak pasti). Then, yang jahat ni tadi, dia akan berjalan ke satu tempat, (digambarkan melalui gambar orang berlayar atas kapal), entah macam mana, akan ada banyak matahari, dia akan makan matahari itu sehingga pecah dan sakitlah perut dia. Then, muka dia pula akan bertukar jadi ikan.(ke burung?)

Macam tu lah lebih kurang. Tapi ini tak semestinya tepat. Kami rasa dah bercampur-campur. Sebab dah ingat-ingat lupa. Tak ada catatan pulak tu. Maka benarlah kata-kata, "Ilmu itu ibarat binatang buruan, tulisan itu pengikatnya"

Nanti kalau pergi lagi sekali,insyaALLAH kita dengar betul-betul. Waktu ni tak boleh nak fokus sangat sebab ada budak-budak Madeena Tour... *salah orang lain jugak..hoho..diri sendiri yang salah.. ==''

Liang lahad (luar)

Liang lahad (dalam)
Haa...!
Bercakap tentang Madeena Tour..

Sekali lagi,kitorang bertemu dengan rombongan lain. Dan kali ini ibarat TIADA PENGHUJUNGNYA~~

Bila difikirkan balik, trip kitorang nie dah macam trip budak tadika bak kata Mardhiah Hanafi. Bergaduh dengan budak tadika-tadika lain bila jumpa. hahaha.. Cikgu tadikanya, Mardhiah.. =P tapi betul jugak.. tapi ada asas kita semua merungut..

Selepas daripada ini, ke mana sahaja kami pergi,kena pergi dengan group Madeena Tour. Sebab Syeikh Idris nak sekalikan. MANA BOLEH MACAM TU..! 

Diorang 40 orang, lambat.. kitorang pulak nak kena tunggu. Orang bergegas terkejar sebab nak jaga masa, tetiba kena tunggu depa. Kami pergi 10 orang sebab tak nak tunggu orang-orang lambat, tau tak? Tak pe la tu.. dah jodoh kuat sangat, apa nak buat...~~


Maa'bad Alaxender The Great (Iskandar Agung)

Dalam perjalanan ke sini, Ust ada cerita sikit pasal Dewa Amun. Sebelum datang ke sini, kami ingatkan Dewa Amun yang kita belajar tu,kafir. Sebab ye la.. "dewa" kan.. rupa-rupanya, TAK.. Semua itu salah. Sebenarnya Dewa Amun ini merupakan seorang manusia yang bernama Amun. Dewa di sini adalah gelaran yang digunakan oleh penduduk setempat sebagai penghormatan kepada beliau. Dewa = Tuan Guru = Kiai kata Ust Yusuf. Amun digelar Dewa kerana dihormati dan setiap kata-kata beliau orang akan pakai sebagai rujukan.

Dewa Amun ni dia beragama dengan agama tauhid, menyembah Tuhan Yang Esa. Iaitulah agama Nabi Adam. Kami baru tahu ini... selama ni tak tahu pun..! Jom banyakkan berjalan..! Alhamdulillah juga dapat tour guide yang bagus.. =)

Ust ada cerita macam mana wujudnya agama-agama lain. Sat lagi kita sambung balik.

Back to the topic.

Maa'bad Iskandar
Maa'bad Alaxander ni kalau dulu tempat ni macam Masjidil Haram la ustaz kata. So, kitorang dah jadi Hajah Maa'bad Iskandar..hehe.. Tak tipu.. betul..! Dulu ini ialah tempat di mana orang beribadat la. Iskandar ni juga seorang yang beragama tauhid. Kalau nak nisbah dengan sekarang, agama Islam la.

Tinggi jugakla maa'bad ni. Di dalamya ada satu ruang tu, masih nampak macam tempat solat. Menariknya, dia ada macam tempat mimbar, ust kata saf-saf ini menghadap qiblat dan BENAR..! tempat itu menghadap QIBLAT! Nadhirah Zuhairi telah mengesahkannya.. mulanya macam tak percaya tapi nampaknya betul lah..

Pemandangan daripada atasnya jugak cantik. Boleh nampak macam-macam tempat di sekitar Siwa ni.


Pemandangan dari atas Maa'bad

Ukhwah GEN11US dan Madeena Tour berputik..

Laut Garam (Salt Lake)

Seterusnya, kami semua dibawa ke Danau Garam (bahasa Ust.Yusuf). Kat Siwa ni satu nikmat yang ALLAH bagi ialah kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan khazanah alam yang lain. Mungkin rahmat disebabkan semua penduduk di sini beragama Islam, dan kesederhanaan mereka.

TA'AJJUB.. wa 'ajibtu...

oooo... ada ya laut garam?? garam terjadi daripadanya dengan sendiri? subhanALLAH... cantik pulak tu..!
Biru nya air dia amat cantik. Jernih.

Yang warna putih-putih tu semua garam. Yang warna koko tu bukan tanah, tapi garam yang dah lama.

Rasa air dia aamat MASIN. Ye la.. dah nama pun laut garam kan. Sapa ada penyakit kulit,elokla rendam dalam air nie. Tapi kalau ada penyakit hati??  =)  Jom sama-sama cari hati kita dalam Al-Quran.







Cantik kan? Tengok gambar tak puas. Baik pergi sendiri. =)

NaCl crystals

Untuk pengetahuan, garam yang dah lama, iaitu yang bewarna koko tu digunakan sebagai bahan binaan. Banyak bangunan dan rumah di sini yang diperbuat daripada garam dan air. Pelik tapi Benar!


Jom sambung sikit cerita pasal orang Siwa.

Di sini,mereka amat pegang kuat dengan budaya mereka. Internet memang susah nak dapat kat sini. Sebab diorang tak nak keturunan dan adat mereka dicemari anasir luar yang tak baik. Budaya mereka amat menarik dan unik dan bagus.

Kalau diperhatikan sepanjang perjalanan di Siwa, tak akan ada wanita yang akan berjalan sendirian melainkan ditemani suami atau mahramnya. Kat pasar, memang tak banyak orang perempuan. Lelaki yang banyak berurusan di luar rumah, kerana bagi mereka perempuan itu tempatnya di rumah. Dan kalau diperhatikan lagi, wanita-wanita di sini, memang tutup-litup habis.Pakai niqab yang tak de mata tu. 

Ust kata, "Orang perempuan di sini memang tidak masuk angin"..~~
*ayat tak boleh blah....

Sebagai balasan lelaki yang kena buat semua kerja-kerja luar, makanya mengikut budaya mereka, SETIAP LELAKI AKAN KAHWIN 2 atau dalam erti kata lain, akan ada 2 orang isteri.. yang balasan tu ayat kami reka je..hehe.. Di sini, setiap bayi yang dilahirkan telah ditentukan jodoh mereka dengan siapa. Senang cerita, mereka dah ditunangkan sejak dari kecil. (Geng-geng drama suka la part ni..hehe) Dan selepas 15 tahun, mereka akan dinikahkan. Dengan kedua-dua isteri itu.

Makanya timbullah persoalan-persoalan seperti, 
"Kalau perempuan tu tak setuju macam mana?" 
"Kalau tiba-tiba lelaki tu suka kat perempuan lain macam mana?" 
"Ada tak kes lelaki perempuan tu lari daripada rumah sebab tak nak nikah?"
"Tak perang ke ust?"

Jawapan ust : Mereka amat menjaga budaya mereka. Jadinya, itu sudah diterima. Tiada masalah. Serupa juga dengan kita, apa yang dah jadi budaya itu susah untuk dibuang. Si suami di sini kalau kita tengok naik teksi (keldai) bawa kedua-dua isterinya. 

Okey.. Tapi kami tak puas hati la..! Takkan semudah dan sebagus itu orang kat sini? =/


Jabal Dakrur

Tempat perhimpunan di Jabal Dakrur

Kat sini tak ada apa-apa yang menarik pun sebab kita datang waktu winter. Kalau musim panas, di bahagian bukit sana tu ada tempat mandi. Mandi dengan air garam dan air panas dan boleh duduk dalam tanah (yang macam orang buat kat pantai). Dikatakan mandi dengan air garam dan tanah yang panas nie dapat mengubat penyakit-penyakit seperti arthritis, etc.

Yang ada tangga dan bangunan sikit macam dalam gambar ni, ialah tempat perhimpunan penduduk siwa. Ust kata, sampai sekarang, kalau ada perayaan, semua penduduk akan berkumpul di sini, raikan sama-sama. Diorang ada specific perayaan untuk penduduk di sini. Perayaan tu berlaku pada tengah bulan Oktober. 

Pembesar-pembesar akan duduk kat bahagian atas. Macam biasa la tu. Adatnya, ketika perayaan tu, bila semua orang dah datang, makanan akan diedarkan. Tetapi, mereka tak akan makan selagi tak pastikan semua orang dah dapat makanan. Bila semua dah dapat makanan, akan ada seorang yang akan panjat tiang yang tinggi di sebelah kanan gambar, akan bagitahu "JOM MAKAN!!" Dan orang yang jerit jom makan itu ialah Nadhirah Zuhairi...hahahaha  =P


Cleopatra's Spring

Destinasi seterusnya ialah Cleopatra's Spring. Kami duduk kat sini agak lama juga la sebab nak tunggu Syeikh Idris bagi khutbah jumaat. 3 jam kot.. Kami sempat la tidur berbumbungkan langit, diteduhi pelepah dan daun tamar. Best..! =)

Tengok budak-budak arab seronok mandi air kolam Cleopatra.. Terjun kalah style olimpik.. Ust pun join sekali katanya.. Tapi itu la. Dia macam kotor sikit. Ada lumut dsb. Tapi seronok la tengok.


Setelah makan tengah hari di sini, kami pun bergerak kembali ke hotel untuk solat dan bersiap untuk SAFARI TRIP..!  =)

Sebelum tu, kitorang singgah sekejap di Maa'bad Amun. Tapi tak turun pun. Sebab semua malas dan excited nak pi Safari Trip..



Maa'bad Amun



Cerita pasal Dewa Amun dah cerita sebelum ni. Jadinya nak share macam mana wujud agama yang sesat. Ust kata, manusia pertama ialah Nabi Adam. Agamanya ialah agama Tauhid iaitu MengEsakan Allah, Tuhan Yang Satu. Kemudian diturunkan kepada anak baginda,cucu,cicit dan generasi seterusnya.

Sampai satu ketika, ada seorang ni, ahli keluarga dia meninggal.(kami tak ingat mak atau ayah atau siapa..minta maaf..) jadinya, syaitan yang memang kerjanya untuk sesatkan manusia mula membisikkan, 
"kau buatlah replika yang menyerupai saudaramu ini. Hanya untuk kenangan, jika kamu merindui dia,kamu seolah-olah boleh melihatnya."
Dan orang itu pun ukir la patung dengan tujuan hanya untuk mengingati si mati. Tiba-tiba, si pengukir patung ini meninggal dunia. Tanpa ada penjelasan apa-apa. Meninggalkan anak-anaknya.

Syaitan pun berbisik lagi,
" Dahulunya ibu dan bapamu menyembah patung ini. Kenapa kamu tidak menyembahnya?"
Maka dari generasi ke generasi, makin bertambah sesatlah manusia. Ada yang kemudiannya menyembah api (majusi).

Kemudian selepas ratusan tahun ALLAH utuskan Nabi Nuh 'Alaihissalam, ketika mana manusia dah teruk. Kalau tengok kisah Nabi Nuh pun boleh lihat macam mana dia dihina dan diperlekehkan kerana menyampaikan ajaran yang benar.

Begitulah serba sedikit macam mana wujudnya penyelewengan aqidah.

Ok..




*nantikan sambungannya pada siri terakhir.. =)





 *ambik mood Mesir...




*edited.. sebab tak nak ada yang salah faham.. =) kami ingat kami dan beberapa orang kawan je yang baca.. rupanya tak ya??  hmm..~~

apapun, "Sekali GEN11US, Selamanya GEN11US"